Deko & Hias

Patutlah Tak Sejuk, Rupanya Ini Horse Power Penyaman Udara Yang Betul Ikut Ruang

4
SHARES
penyaman udara

Oleh kerana Malaysia tengah mengalami keadaan cuaca yang panas, ramai dalam kalangan kita yang mula membuat pemasangan penyaman udara supaya lebih sejuk.

Namun, perasan atau tidak walaupun anda sudah memasang penyaman udara di ruang tamu atau bilik, tetapi masih kurang rasa dingin tersebut. Hal ini kerana, ‘kekuatan’ penyaman udara tersebut tidak mampu untuk membekalkan udara kepada sesetengah ruang yang luas.

Baca juga: Paip Tersumbat Angin Punca Air ‘Slow’, Ini Cara Baiki Sepantas 10 Minit!

CARA PILIH PENYAMAN UDARA IKUT SAIZ BILIK

penyaman udara

Jadi, TNB Careline berkongsikan tips untuk anda buat pemilihan penyaman udara berdasarkan kuasa angin mengikut keluasan ruang rumah.

Bila nak beli penyaman udara baharu, pastikan Horse Power (HP) bersesuaian dengan saiz bilik tau. Jika Horse Power terlalu rendah, penyaman udara akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyejukkan ruang bilik.

Jadi, sebelum beli, ukur keluasan bilik dulu, okay? Kalau nak penyaman udara yang lebih efisien, cari yang ada label cekap tenaga 4-5 bintang sekali supaya bil elektrik rumah tidak melambung. Berikut merupakan cara untuk anda mengira keperluan tenaga penyaman udara mengikut saiz ruang yang dikongsikan oleh saudara Wan Muhammad Arshad.

Cara pengiraannya:

Faktor kuasa=80
9000 btu/h=1 hp

Jadi jika bilik anda saiznya 10kaki X 10 kaki:

10×10=100
100×80=8000
8000/9000=0.89hp

Jadi penyaman udara yang sesuai untuk bilik anda ialah 1HP. Di bawah merupakan jadual yang telah disediakan oleh TNB Malaysia.

penyaman udara

*Barulah sejuk!

Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!

Sumber: TNB Careline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×