DIY & Kraf

Hanya Guna Sebesen Air Dan 11 Teknik Ini Untuk Sejukkan Rumah Yang Panas Membahang!

9
SHARES
cara sejukkan rumah

“Ada tak cara sejukkan rumah time musim panas ni eh? Tak tahan dah asyik mandi peluh!”

Sejak kebelakangan ini banyak negara termasuk Malaysia, mengalami perubahan iklim cuaca menjadi lebih panas dari kebiasaan. Suhu panas yang boleh menjangkau sehingga 38-40 darjah celcius sebenarnya amat berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan badan.

Sudah bermacam-macam cara seperti membiarkan penghawa dingin dipasangkan seharian pun masih tetap panas membahang kawasan dalam rumah sehingga tak boleh tidur! Rupanya ada satu teknik tradisional dan mudah untuk menurunkan suhu panas rumah dengan menggunakan sebesen air. Baru tahu bahawa teknik ini sudah digunakan dari zaman purba!

Baca juga: AWAS! Strok Haba Boleh Membawa Maut, Doktor Kongsi Cara ‘Emergency’ Nak Turunkan Suhu

CARA SEJUKKAN RUMAH GUNA TEKNIK PENYEJATAN, LETAK SEBESEN AIR JE!

cara sejukkan rumah

Teknik penyejukan menyejat (evaporative cooling). Haba diserap oleh air-udara lebih sejuk-air tersejat-udara sejuk dilepaskan – proses entalpi penyejatan. Kalau letak balang air ini di kawasan udara keluar masuk, lebih berkesan. Apa yang kita perlu tahu pasal ini?

Sebelum adanya kipas & penghawa dingin, inilah cara yang digunakan oleh manusia selama ribuan tahun untuk mengawal suhu udara dalam rumah. Mesir Purba & Parsi gunakan penangkap angin (windcatcher) untuk sejukkan bangunan. Angin lalu terowong dan menyejatkan kolam air di dalamnya.

Orang Parsi Purba banyak buat ruang bawah tanah (underground) di rumah, sekolah, masjid, dan lain-lain yang biasanya digunakan pada musim panas.

Udara yang masuk ke ruang ini akan disejukkan oleh saluran atau kolam air – ruang bawah tanah sejuk – udara sejuk keluar ke bangunan utama. Orang melayu dulu guna labu sayong nak sejukkan air. Tapi labu sayong bukan saja sejukkan air, tapi dapat sejukkan rumah kalau disimpan dalam rumah melalui proses yang sama.

Teringat dulu, rumah nenek ada simpanan air dalam baldi besar tanah liat, airnya lebih sejuk dari air paip. Rupanya ada banyak cara untuk sejukkan rumah secara semulajadi. Kita perlu tahu:

– Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam

– Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah

– Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekakan rendah

– Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu

cara sejukkan rumah

Memahami asas ini, kita dapat manfaatkannya untuk sejukkan rumah. Owh ya, jika anda menggunakan aircond, tidak perlu setup suhu 16 untuk sejukkan ruang, cukuplah maintain suhu pada suhu yang nyaman 22-25 sahaja. Ini lebih berkesan & menjimatkan.

11 CARA NAK SEJUKKAN RUMAH

1.Halakan kipas ke ketulan ais batu.

2.Membasuh pakaian pada waktu malam.

3.Pada waktu siang yang panas, tutup tingkap dan pintu.

4.Jika kipas siling ada fungsi penukar arah, tukarkan arah kipas ke lawan jam.

5.Bersihkan habuk kipas dan filter aircond.

6.Kurangkan perabot dan kemas rumah.

7.Gunakan lampu LED.

8.Tutupkan peralatan elekrtik yang tidak digunakan, peralatan yang mengeluarkan haba.

9.Masak simple-simple, kurangkan memanggang.

10.Tetapkan penghawa dingin pada suhu 22-25.

11.Jirus air di permukaan lantai luar pada lewat petang.

cara sejukkan rumah

Sumber: Public Health, Twitter @ZamirMohyeden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×