Sihat

Boleh Ke Minum Air Garam ORS Waktu Berbuka Untuk Kembalikan Hidrasi Badan?

4
SHARES
air garam ors

Selalu kita dengar pelbagai jenis tips untuk minum air garam ORS jika kita mengalami masalah cirit birit atau muntah bukan? Ramai juga yang bersetuju bahawa air garam ini berfungsi dengan baik untuk mengembalikan cecair dalam badan supaya tidak dehydrated selepas membuang.

Namun, ada juga yang tertanya-tanya adakah air garam ORS ini sesuai diambil ketika berpuasa dengan alasan untuk mengekalkan kehidratan air dalam badan? Berikut merupakan penjelasan dari pakar tentang persoalan tersebut supaya anda tak pandai-pandai sendiri pergi minum air garam ini pula ya!

Baca juga:Bukan Hanya Makan Dengan Laksa Je, Rupanya Ada Banyak Khasiat Daun Pudina Yang Best!

KALAU MUNTAH DAN CIRIT BIRIT JE KE BOLEH MINUM AIR GARAM ORS?

air garam ors

Selain daripada bahan buangan, cirit-birit  dan muntah juga akan mengeluarkan air & elektrolit yang boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan air), biasanya ORS (oral replacement salts) akan diberikan. Tapi boleh ke orang sihat yang berpuasa ambil ORS ni? Yelah, kan dahaga & elak dehidrasi?

Firstly, kena tahu apa yang berlaku masa cirit. Biasanya tahi akan melalui kolon, berlaku penyerapan semula air dan elektrolit ke aliran darah. Kalau cirit, pergerakan tahi jadi lebih cepat ke rektum; menyebabkan air & elektrolit tak sempat diserap, dibawa sekali keluar masuk jamban.

Dalam istilah sains kita panggil colon transit time. Apa yang abnormal adalah:

– Terlalu lama (sembelit): kurang serat dalam diet, kurang bersenam, stress
– Terlalu kejap (cirit-birit): jangkitan virus/bakteria, alahan makanan/ubat, makanan pedas

Long transit time vs short transit time dalam kes cirit, banyak air dan elektrolit tak sempat diserap semula ke dalam badan, menyebabkan:

ketidakseimbangan bendalir badan/dehidrasi
– kepenatan
– sakit kepala
– BP menaik

Jadi perlunya minum ORS, usually diberikan oleh doctor or ahli farmasi. Apa benda ORS tu? ORS ni ialah serbuk yang dibancuh dalam air untuk elak dehidrasi. Apa kandungannya?

– glucose/dextrose
– sodium chloride
– potassium chloride
– sodium citrate

BOLEH KE BUKA PUASA MINUM AIR GARAM INI?

air garam ors

Kesemua ni adalah bahan yang hilang semasa cirit dan muntah, dan bantu rehidrasi dengan lebih baik berbanding air saja. Jadi apa kena mengena ORS dengan puasa? Sebenarnya, puasa juga akan menyebabkan kehilangan elektrolit (melalui air kencing) tapi hari 1-3 je, hari 4 dah stabilise.

Ini disebabkan oleh penurunan paras insulin masa puasa. Yela kan kurang glukosa dalam darah jadi, boleh ke minum ORS semasa iftar? Jawapan saya tidak sebab tujuan utama ORS adalah untuk bantu hidrasi masa cirit-birit, berpeluh berlebihan & muntah. Lebih kepada simptoms/masalah kesihatan yang acute.

Kurang elektrolit masa puasa? Makanlah kurma! Minum air! Makan makanan sihat & seimbang! Unless, betul-betul dehydrated (atas sebab-sebab tertentu) pastu jumpa doctor/pharmacist dan diberitahu untuk berbuka puasa terus, silakan minum ORS. Kalau tak ada keperluan mendesak, tidak perlu ORS kerana dalam diet kita memang dah cukup air & elektrolit, terutamanya buah, sayur dan bijirin.

Sumber: Twitter @naimsufi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×