Sihat

Rasa Nak Berendam Lama Tapi Guna Air Panas Atau Sejuk? Yang Mana Satu Lebih Bagus?

13
SHARES
mandi air panas

“Sedapnya badan bila mandi air panas, lega sakit dan lenguh…tapi orang cakap mandi air sejuk pun bagus juga?”

Setiap kali berkunjung ke hotel yang menyediakan khidmat kolam air panas, sudah pasti anda akan merehatkan badan dengan berendam selama beberapa jam. Sudah pasti rasa lega dan bertenaga badan setelah melakukan mandian air panas ini bukan? Namun, ada juga yang mengatakan bahawa mandian air sejuk atau ais juga mampu untuk melegakan sengal-sengal badan.

Jadi, jenis mandian mana satu yang memberi manfaat yang lebih baik kepada badan? Berikut merupakan perkongsian pakar menjelaskan keburukan dan kebaikan mandi air panas serta air sejuk.

MANDI AIR PANAS ATAU AIR SEJUK LEBIH BAIK?

mandi air panas

Sebenarnya, air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh. Yang penting, jangan mandi wajib dengan suami orang ya!

Manfaat mandi air sejuk :

-Memperbaiki aliran darah!

– Merendahkan tahap kortisol

(Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.)

– Mengurangkan rasa sakit

Berdasarkan review yang dilakukan pada tahun 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).

Keburukan mandi air sejuk:

– Ambil banyak masa untuk hangatkan kembali tubuh jika mempunyai persekitaran yang sudah sejuk.

– Suhu yang sejuk akan menjadi sedikit sukar ke atas sistem imun tubuh badan ketika anda sedang sakit!

Oleh itu, elakkan mandi air sejuk ketika sakit ya.

Manfaat mandi air panas:

– Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

– Membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

– Memperbaiki kesihatan otot dan sendi

– Memperbaiki kualiti tidur

– Air panas membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.

– Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema

Suhu panas daripada air mandian dan juga stim boleh membantu perkara-perkara seperti:

– Membuka laluan pernafasan

– Memudahkan kahak untuk keluar

– Membersihkan saluran hidung anda

– Memperbaiki kesihatan otak!

-Hasil kajian mendapati, kumpulan yang mandi dalam air panas mempunyai tahap BDNF yg lebih tinggi berbanding kumpulan yang mandi air sejuk. BDNF adalah sejenis protein yang mempunyai banyak fungsi yang penting di dalam otak dan juga saraf tunjang.

mandi air panas

Keburukan mandi air panas:

– Boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi.

– Suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit lebih mudah kering dan memburukkan keadaan seperti ekzema.

– Boleh menyebabkan kegatalan.

– Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal!

– Meningkatkan tekanan darah!

Kedua-dua jenis mandian sama ada mandi dalam air panas dan mandi air sejuk mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Oleh itu, pilihlah jenis mandian yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda. Yang penting, mandi wajib dengan suami orang memang haram.

Sumber: Twitter @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×