Sihat

Cara Check Penyakit Melalui Warna Kuku, Ada 9 Kategori Kena Berjaga-Jaga!

9
SHARES
warna kuku tak sihat

WARNA KUKU TIDAK SIHAT

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang menjalankan penjagaan di bahagian kuku. Hanya sekadar memotong bila kuku sedikit panjang dan itu sahajalah yang dilakukan. Ada yang mengambil jalan mudah dengan pergi ke pusat penjagaan kuku atau guna servis ‘manicure’ dan ‘pedicure’ supaya kuku kelihatan cantik.

Tetapi, sebelum mencantikkan kuku anda sebenarnya perlu pastikan kuku sihat terlebih dahulu. Rupanya, anda boleh check penyakit dalam badan melalui warna kuku dan ada 9 kategori warna kuku tidak sihat yang anda kena berjaga-jaga!

Baca juga: “Tidur Kena Tindih, Kena Jumpa Ustaz Ke?”- Doktor Jelas Maksud Sleep Paralysis Dari Sudut Perubatan

CHECK PENYAKIT MELALUI WARNA KUKU, ADA 9 KATEGORI

1. Kuku pucat

Masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku seperti:

•Anemia
•Kegagalan jantung kongestif
•Penyakit hati
•Malnutrisi

2. Kuku putih

kuku

Jika kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis. Terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

3. Kuku kebiruan

Turut dikenali sebagai kuku bluish dan bermaksud tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

4. Kuku kuning

warna kuku

Penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat. Atau dalam sesetengah kes yang agak jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

5. Kuku kering atau rapuh

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh bisanya berhubung kait dengan penyakit tiroid.

6. Bengkak sekitar kuku

Kuku kelihatan merah dan bengkak, dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

7. Kuku ripple

Jika permukaan kuku merasa tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

8. Garis gelap di bawah kuku

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin! Ia mungkin disebabkan melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

9. Kuku ‘gnawed’ atau yang digigit

Tabiat menggigit kuku boleh menjadi bahaya dan merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan. Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif.

Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor secepatnya!

Sumber: Twitter Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×