Sihat

Hari-Hari Makan Jajan, Anak Alami Severe Anemia Habis Pucat Muka, Tapak Tangan & Kaki!

2
SHARES

Masalah badan pucat seperti bahagian muka dan tapak tangan dalam kalangan kanak-kanak antara masalah yang sering dialami. Seringkali kita lihat anak-anak nampak tak bermaya dan tapak kaki pun hampir berwarna putih. Risau juga jika sampai pengsan dibuatnya.

Rupa-rupanya, tanpa kita sedar anak-anak mengalami masalah kekurangan darah dan perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya. Hal ini kerana, kekurangan darah juga akan menyebabkan tumbesaran anak terbantut dan otak lemah untuk berfungsi. Berikut merupakan penjelasan dari pakar mengenai masalah anemia yang berlaku dalam kalangan anak-anak.

Baca juga: Rupanya Marjerin Sangat Tak Sesuai Untuk Anak, Elakkan!

PUCAT MUKA, TAPAK TANGAN DAN KAKI, RUPANYA ANAK ALAMI SEVERE ANEMIA

Menurut perkongsian Dr. Redza Zainol, beliau berkongsikan kisah apabila seorang budak perempuan berusia 3 tahun sudah kelihatan penat dalam tempoh dua minggu. Dia yang dahulunya aktif kini semakin lesu kerana tak sangka menghidap penyakit ‘severe anemia’.

Selepas menjalani pemeriksaan, hasil mendapati bahawa anak tersebut mengalami masalah kekurangan zat besi. Ini merupakan contoh keadaan yang akan berlaku sekiranya anak-anak mengalami masalah Iron Deficiency Anemia (IDA) iaitu kekurangan sel darah merah yang menyebabkan kekurangan zat besi dalam badan.

ANAK HARI-HARI MAKAN JAJAN!

Bila ditanya tentang rutin makanan anak-anak, rupa-rupanya amalan pemakanan yang diamalkan tidak sihat! Antara makanan yang sering digemari oleh anak-anak adalah, mi segera, keropok, jajan, gula-gula dan minuman bergas.

Berikut merupakan makanan yang dapat meningkatkan kadar nutrisi darah:

-Daging merah

-Daging ayam

-Kuning telur

-Kekacang

-Sayur berdaun hijau

-Kismis

-Apricot

-Roti & pasta

*Peka tau mak ayah!

Sumber: Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×