Sihat

Rupanya Marjerin Sangat Tak Sesuai Untuk Anak, Elakkan!

2
SHARES

Sebut sahaja tentang marjerin, pasti kita akan terbayangkan kek-kek yang gebu bukan? Bukan sahaja untuk kek dan makanan pastri yang lain, malah marjerin juga digunakan oleh mak-mak sebagai santapan bersama roti untuk anak-anak khususnya bekal ke sekolah. Rupa-rupanya, baru tahu bahawa marjerin adalah sangat tidak sesuai untuk anak-anak!

Berikut merupakan penerangan dari pakar tentang marjerin yang anda mungkin tak tahu.

Baca juga: Cara Buat Apple Cider Halal, Rupanya Bagus Diminum Panas-Panas!

MARJERIN SANGAT TAK SESUAI UNTUK ANAK-ANAK, ELAKKAN!

Marjerin sangat tak sesuai untuk anak-anak. Elakkan beli dan simpan marjerin di rumah kalau ada anak kecil. Marjerin tinggi transfat. Ada tambahan perasa dan pewarna tiruan. Ada banyak sangat bahan tambahan dalam 1 bekas marjerin.

Dulu saya suka betul sapu marjerin atas roti, kemudian bakar. Sedappp!

Marjerin sebenarnya makanan tinggi proses, ultra processed food, yang tak boleh kita kenalkan pada anak-anak. Nak naikkan berat badan anak, cari butter, dan bukan marjerin.

Sapu marjerin atas roti tabur gula pun selalu jugak.

Butter yang sebenar, paling banyak pun, hanya ada 4 bahan je. Tak ada bahan tambahan yang pelik. Butter sebenar, tinggi dengan lemak baik. Boleh tambah berat badan anak, baik jugak untuk otak anak. Pilihan tu, sentiasa ada kan. Cuma kita perlu sedikit usaha untuk belajar memilih.

Yang ini dulu ingatkan buat kek butter, tapi rupanya kek marjerin.

Ini baru butter yang sebenar. Bahan ada 1 je.

Kita cuba sama-sama ya, sediakan pilihan yang lebih baik buat anak-anak dan keluarga.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×