Dapur

Cara Buat Apple Cider Halal, Rupanya Bagus Diminum Panas-Panas!

19
SHARES
cuka epal

Bila sebut sahaja cuka epal atau apple cider, pasti ramai dalam kalangan kita yang terbayangkan minuman ini sebagai ‘tiket’ untuk menhilangkan berat badan bukan? Mungkin anda tak perasan, ada juga dalam rangkaian produk cuka epal yang tidak halal dan mempunyai alkohol dan juga mahal.

Oleh itu, mudah sahaja caranya untuk anda buat cuka epal ini di rumah dan menggunakan bahan yang semuanya mudah didapati.

Baca juga: Biasakan Anak Makan Ikan 2 Kali Seminggu Kalau Nak Bijak, Bukan Ayam Goreng…

CARA BUAT APPLE CIDER HALAL

Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada. Apple cider, jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas. Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga. Ya, minuman ini biasanya diminum panas.

Bahan-bahan:

-Epal

-Gula (jika mahu)

-Kulit kayu manis

-Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)

-Air

1.Epal Granny Smith dan Royal Gala yang sudah mula lesu. Tujuh biji semuanya.

2.Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.

3.Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.

4.Tambah air secukupnya. Blend.

5.Anda boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.

6.Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum). Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat.

Masukkan:

-2 sudu makan gula

-2 inci kulit kayu manis

-3-5 kuntum bunga cengkih

7.Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak.Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu)

8.Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×