Sihat

Arghh…Stres Tengok Lemak Perut, Cuba 5 Cara Ini, Mana Tau Sempat Slim Sebelum Raya!

23
SHARES
cara hilangkan lemak perut

“Aish tengok perut ni besar tak boleh bawa bincang! Macam mana cara hilangkan lemak perut ni eh?”

Bila tengok laman media sosial dan majalah fesyen, rasa cemburu pula tengok bahagian perut model-model semuanya slim sahaja tanpa lemak. Bila tengok pula perut sendiri, agak merisaukan juga ya kerana khuatir baju raya tak muat!

Mungkin sudah beberapa cara yang anda sudah gunakan supaya lemak di perut dapat disingkirkan kerana ini risau dengan masalah obesiti. Jadi sempena World Obesity Day, kami senaraikan beberapa cara lain supaya anda berjaya singkirkan lemak-lemak jahat di perut dan kelihatan ramping bak Gigi Hadid!

CARA HILANGKAN LEMAK PERUT, ADA APA DI SEBALIK LEMAK INI?

cara hilangkan lemak perut

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang ada di sebalik ketebalan lemak perut kita? Tahukah anda bahawa berat badan kita boleh ditentukan dalam tiga kategori iaitu:

-Berapa jumlah kalori diambil setiap hari

-Berapa jumlah kalori yang dibakar setiap hari melalui senaman

-Faktor usia

Berdasarkan kajian dari MayoClinic juga, peningkatan lemak dalam perut juga boleh menyebabkan risiko beberapa penyakit kronik yang boleh membawa maut iaitu sakit jantung, diabetes, masalah pernafasan dan tahap kolestrol tidak normal.

Inilah sebabnya penting untuk anda stabilkan kiraan Body Mass Index (BMI) supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam penyakit kronik seperti yang disenaraikan.

Namun, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan lemak di kawasan perut dengan berkesan. Perlu diingatkan juga bahawa proses ini mungkin akan memakan masa yang lama dan memerlukan semangat yang kuat selagi lemak tak ‘hilang’!

1. MAKAN MAKANAN KATEGORI ‘SOLUBLE FIBER’

Makanan yang dikategorikan bawah ‘soluble fiber’ bertindak menyerap air dan bertukar kepada gel supaya dapat melambatkan proses sistem penghadaman. Kajian mendapati bahawa fiber ini dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan secara natural anda akan makan dengan sedikit.

Antara sumber makanan yang tinggi dengan soluble fiber adalah:

-Buah-buahan

-Sayur-sayuran

-Kekacang

-Oat

-Barli

2. AMBIL KANDUNGAN TINGGI PROTEIN

Sudah pasti bagi anda yang nak berdiet, protein merupakan sumber makanan yang paling penting. Pengambilan protein yang tinggi sudah terbukti dapat melepaskan hormon peptide YY yang akan mengurangkan selera makan serta menjadikan perut sentiasa kenyang. Bila dah tinggi kadar metabolisme badan, makin susah untuk kita naikkan berat badan tau!

Makanan yang tinggi dengan kandungan protein adalah:

-Daging

-Ikan

-Telur

-Makanan tenusu

-Kekacang

cara hilangkan lemak perut

3.JANGAN STRES SANGAT!

Bukan sahaja stres boleh menyebabkan wajah anda tidak berseri-seri malah stres akan menyebabkan lemak di bahagian perut bertimbun-timbun! Hal ini kerana apabila hormon stres semakin meningkat, anda berpotensi untuk makan dengan lebih banyak dan menyimpan lemak di kawasan perut.

Jangan stres stress, jalani kehidupan dengan lebih tenang supaya bukan sahaja badan kembali ke bentuk asal yang normal malah wajah pun berseri-seri bak bidadari.

4.HADKAN PENGAMBILAN GULA

Inilah yang paling susah dibuat kan? Hampir setiap hari akan terliur sahaja melihat air manis sejuk tambah pula ketika cuaca panas, sedapnya! Ternyata, inilah yang menjadi faktor paling tinggi perut berlemak kerana kandungan gula yang diambil sangat banyak.

Untuk kurangkan lemak di bahagian perut, jalan terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan air manis seperti:

-Soda

-Fruit punch

-Sweet tea

-Kordial

5. MINUM TEH HIJAU

Teh hijau atau green tea memang popular dalam kalangan orang yang mengamalkan diet sihat. Boleh dikatakan sehari beberapa kali mereka akan minum teh hijau sebagai langkah mengekalkan tahap kesihatan maksima.

Teh hijau mengandungi kandungan kafein dan antioksidan yang tinggi, berfungsi untuk ‘boost’ metabolisme badan. Kalau nak makin menjadi, amalkan minum teh hijau sebelum atau selepas bersenam untuk nampak kesan yang lebih wow! Katanya juga, mengamalkan pengambilan teh hijau dapat merampingkan pinggang juga.

*Alang-alang nak puasa nanti, boleh mula amalkan beberapa tips ini supaya perut dah leper semasa pakai baju raya!

Sumber: MayoClinic, Healtline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×