Sihat

Tak Sangka Diet Macam Ini Boleh Turun 40KG Setahun, Memang Wow!

9
SHARES
tips diet sihat

Impian setiap individu pasti ingin tubuh badan sihat dan langsing bukan? Namun itu bukanlah satu perkara mudah kerana mengamalkan gaya hidup sihat tidak semudah yang disangka.

Baru sahaja mula diet, kawan pula call ajak teman makan di luar. Alamak! Kita pun terus terlajak sekali. Untuk kembalikan semangat diet, jom ikut tips diet sihat di bawah ini. Setahun berjaya turun 40kg, hebat kan?

Baca juga: Bahaya Kalau Biarkan Stres ‘Menghantui’ Diri, Cuba Cara Di Bawah Ini

TIPS DIET SIHAT BERJAYA TURUN 40KG SETAHUN, INI 5 TIPS PENTING

tips diet sihat

Tukar 5 kebiasaan ini untuk kurangkan 25,914 kalori dalam 30 hari, 3.36kg sebulan, 40.38kg setahun.

1. Tukar kebiasaan minum air.

Segelas teh tarik ada 229 kalori. Dari 2 kali sehari air manis kurangkan jadi sekali sahaja. Latih diri minum air kosong. 229 kalori x 30 hari = jimat 6870 kalori sebulan.

2. Tukar kebiasaan saiz portion.

Biasa makan nasi putih sepinggan penuh, kecilkan jadi 1 mangkuk cina atau 2 senduk rata. Sebelum ni sekali makan nasi 450 kalori jadi 220 kalori sahaja. Kurang 230 sehari.

230 kalori x 30 hari = jimat 6900 kalori sebulan.

3. Tukar jenis masakan.

Makanan yang deep fried akan gandakan kalori. Seketul ayam goreng 127gram ada 305 kalori. Pilih ayam bakar 100gram baru 150 kalori. Kurang 150 kalori sehari.

150 kalori x 30 hari = jimat 4500 kalori sebulan.

tips diet sihat

4. Tukar kepada ulam-ulaman.

Biasa lunch makan sayur yang dimasak bergoreng atau gulai, tukar ambil ulam. Anggaran sayur goreng ikan masin 170 kalori. Secawan ulam raja baru 6 kalori. Jimat 164 kalori sehari.

164 kalori x 30 hari = jimat 4920 kalori sebulan.

5. Tukar kemahuan kepada sekadar merasa.

Ini cabaran terbesar nak kurangkan berat badan, namum ia berbaloi dibuat. Biasa makan dessert, kek, aiskrim, benda manis 2 kali seminggu, kawal kepada 2 kali sahaja sebulan. Ambil contoh 1 slice kek coklat indulgance ada 454 kalori.

Maka: 454 kalori x kurangkan 6 hari = jimat 2724 kalori sebulan.

Sekarang mari kira berapa jumlah kalori kita dapat kurang dan jimat dalam 1 bulan.

Air manis = 6870 kalori.

Kecilkan portion nasi = 4500 kalori.

Kurangkan lauk bergoreng = 4500 kalori.

Tukar kepada ulam = 4920 kalori.

Kurangkan dessert 6 hari = 2724 kalori

Total sebulan ialah 25914 kalori sebulan. Bersamaan 310,968 kalori setahun.

tips diet sihat

Jika kalian nak tukarkan kepada berat lemak badan, kiraannya begini. 1kg berat lemak badan bersamaan 7700 kalori. Maka:
25914 kalori / 7700 kalori = 3.36 kg sebulan atau 40.3 kg setahun.

Tak perlu berlapar atau buang apa-apa. Cukup kurangkan dan tukar kebiasaan sendiri. Campur dengan bakar kalori melalui senaman, boleh bantu kurangkan 4-5 kg sebulan. 5kg x 12 bulan = 60 kilogram dalam setahun.

Asasnya tahu bagaimana nak lakukan, faham konsep masuk kalori dan konsisten. Ianya bermula dengan perlu cari ilmu. Semoga berjaya menurunkan berat badan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×