Tekanan stres yang melampau boleh menyebabkan tekanan otak, meningkatkan risiko penyakit jantung dan membawa kepada kematian awal. Sesiapa sahaja boleh mengalalami stres tanpa mengira peringkat umur dan tahap stres seseorang adalah berbeza-beza.
Selain stres akibat kewangan, ia juga boleh dialami sekiranya seseorang itu tidak senang dengan sesuatu perkara seperti persekitaran busuk, gangguan bunyi dan persekitaran kerja yang terlalu toksik. Bagi mengelakkan stres menganggu hidup, di bawah ini kami kongsikan cara menangani stres untuk anda.
Baca juga: Tidur Malam Boleh Terganggu Bila Sakit Kaki, Tak Sangka Tabiat Ini Punca Utamanya!
CARA MENANGANI STRES, JANGAN BIARKAN IA BERLARUTAN
Untuk menangani stres, ikuti cara di bawah:
1. Mandi menggunakan air sejuk. Ini kerana akan membuatkan sistem imunisasi diri lebih kuat untuk hadapi stres.
2. Solat lima waktu setiap hari. Dengan solat ia akan mengurangkan kortisol dalam diri.
3. Bersenam kerana boleh membebaskan endorfin melalui badan. Endorfin merupakan hormon yang dikeluarkan apabila badan berasa sakit atau stres.
Endorfin dihasilkan untuk membantu melegakan kesakitan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood. Endorfin boleh dirangsang dengan bersenam, makan, bersetubuh, berurut dan pelbagai cara lain.
4. Lakukan pernafasan hidung berganda. Buat sedutan dua kali melalui hidung kemudian hembus nafas panjang melalui mulut. Cuba teknik ini dan perasaan anda mesti tenang serta-merta.
5. Bergaul dengan rakan-rakan. Ini boleh meningkatkan oxytocin dalam badan.
6. Tulis di atas kertas semua yang terlintas di dalam otak. Percayalah, dengan cara ini dapat memberi jawapan dan lebih tenang.
7. Cuba explore alam semulajadi kerana ia boleh merangsang pembebasan neurotransmitter yang dikaitkan dengan perasaan gembira.
8. Tonton komedi khas. Boleh cuba tonton Theo Von, Andrew Schulz, & Dave Chapelle. Ketawa akan membebaskan endorfin.
9. Alkohol hanya memberikan kelegaan sebentar tetapi dalam jangka masa panjang, alkohol akan mengganggu kimia otak sehingga menyebabkan lebih sukar untuk menangani stres
10. Stres tak akan hilang sekiranya anda elak daripada masalah. Pastikan kenal pasti punca tekanan dan cuba untuk selesaikan masalah yang dalam kawalan anda.
Jangan biarkan stres mengawal diri! Dapatkan rawatan pakar sekiranya ia tidak berjaya ditangani sendiri.
Sumber: Twitter The Jackbly