Sihat

Tanda-Tanda Anxiety Yang Anda Tak Sedar, Rupanya Tak Reply Whatsapp Pun…

88
SHARES
tanda anxiety

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Namun, mungkin anda ada terlepas pandang tanda-tanda anxiety yang anda sendiri tak sedar sering dilakukan seharian.

Alamak! Apakah tanda-tanda bahawa anda sebenarnya mengalami anxiety tersebut?

Baca juga: Selalu Rasa Murung & Overthinking? Guna Teknik Brain Dump Untuk Buang ‘Sampah’ Dalam Kepala

Tanda-tanda anxiety yang anda tak disedari

1. Biarkan whatsapp tak dibaca sepanjang hari

tanda anxiety

Ini sudah pastinya ramai dalam kalangan kita yang melakukannya bukan? Mengambil jalan mudah dengan menghiraukan orang sekeliling dengan tidak membalas mesej di Whatsapp boleh membuatkan orang tertunggu-tunggu!

2. Salahkan diri sendiri terhadap benda yang dah berlaku dan di luar kawalan kamu

tanda-tanda anxiety

Apa sahaja yang berlaku luar dari rancangan dan kawalan berakhir dengan salah ditunding kepada diri sendiri. Jangan begitu, tidak semua perkara berlaku atas kesalahan diri kita sendiri.

3. Double check benda yang dah confirm. Contoh : jam berapa ye kuliah hari ni?

tanda-tanda anxiety

Rasa ragu-ragu dengan perkara yang sudah ditetapkan juga merupakan tanda anxiety. Mungkin dari sudut positif adalah supaya anda ingin menyakinkan tetapi itu adalah kerana anda ada anxiety!

4. Tak sedar dah mengelamun lebih 15 minit

tanda-tanda anxiety

Sambil-sambil buat kerja secara tidak sedar bahawa kita sudah hampir 15 minit termenung ke arah dinding dan kerja dibiarkan begitu sahaja. Entah apa yang difikirkan pun tidak tahu.

5. Hilang selera makan

tanda anxiety

Di saat orang lain sedang dalam keadaan kelaparan pada waktu yang sepatutnya, anda sebaliknya apabila hilang selera makan. Kenapa pula tu?

6. Benci orang tanpa sebab

tanda anxiety

Perkara inilah yang patut dielakkan kerana dapat mencetuskan salah faham antara orang ramai. Orang yang dibenci tidak melalukan sebarang kesalahan tetapi terus dibenci?

7. Liat nak solat dan beribadah

tanda anxiety

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian sebaiknya kita jangan lupa kepada Sang Pencipta. Solat dan beribadah merupakan amalan yang dapat menyucikan lantas menyembuhkan penyakit anxiety kita.

Anak cucu Tok Abah sekalian,

Jangan biar penyakit ini melarat dalam diri. Ubah cara makan, ubah cara tidur dan keluar dari circle toksik. Bina kehidupan baharu yang lebih sihat dan gemilang.

Lalui dengan senyuman. Kamu kuat, nak!

Sumber: Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×