Sihat

Kenapa Kerap Rasa Berdebar-Debar? Rupanya Anda Alami Stres Kronik!

568
SHARES

Mungkin pernah terjadi kepada anda apabila secara tiba-tiba dada terasa berdebar-debar bukan? Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang risau mungkin ini petanda sakit jantung atau masalah kesihatan yang lain. Bagi anda yang selalu mengalami situasi ini, ini mungkin punca kenapa anda selalu rasa berdebar-debar!

Baca juga: Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Covid-19 Di Mysejahtera

KENAPA KERAP RASA BERDEBAR-DEBAR NI?

Ada terbaca dalam group GERD anxiety ramai alami denyutan nadi laju sangat walaupun tak buat apa-apa, denyutan nadi 100 dan ke atas. Kebiasaannya, bila rehat nadi 60-80 denyutan sahaja.

Kenapa jadi tinggi ya? Ramai orang sampai ambil ubat untuk perlahankan denyutan seperti propanolol atau ubat lol lol yang lain.
Saya memang syorkan jumpa doktor dulu apa-apa pun. Check jantung dan buat apa yang patut. Boleh jadi berdebar sebab tak cukup darah merah (anemia), masalah tiroid, dehydration dan sebagainya.. Cuma nak share pasal pengalaman diri..

Denyutan nadi saya dulu-dulu sentiasa dalam lingkaran 85-95 waktu rehat sejak kecil. Masa saya main sukan kuat pun, susah cecah bawah 70 walaupun baru je bangun tidur. Sekarang baru saya faham..

Dari kecil lagi saya memang selalu sangat stres dalaman. Saya ada banyak ciri seperti ada alergi (resdung), selalu emosi dan cepat sentap, tak suka bersosial dan selalu berangan dan banyak berfikir. Bila badan kita stres, jantung akan pam darah lebih laju. Darah perlu banyak untuk bawa oksigen dan nutrien kepada sel..

Lagi stres, lagi perlu banyak bekalan. Sebab tu denyutan nadi jadi lebih laju. Mudah cerita, denyutan laju sokmo walaupun kita sedang cuba untuk rehat. Ini mungkin menunjukkan kita berada dalam situasi STRES KRONIK.

PUNCA ‘KEBAKARAN DALAMAN BADAN’

Biasanya dalaman badan kita ada KERADANGAN Mat Salleh panggil IN FLAMMATION. “Kebakaran dalaman lah”. Puncanya mungkin:

1) Makanan penyebab radang seperti tinggi gula, tinggi bahan kimia pengawet, pewarna, aditif. Pemakanan sebegini rosakkan badan sebabkan keradangan kronik.

2) Makanan menyebabkan reaksi alah atau tak serasi (intoleran)… Makanan angin lah..itu yang sebabkan ruam ekzema naik, perut kita jadi refluks, kembung, kejap cirit..kejap sembelit..atau sembelittt je terus. Kena sedar juga bila badan kita tak sihat, makanan sihat pun mungkin boleh sebabkan kita sakit. Jangan duk follow orang saja makanan sihat ni.. Follow badan kita dan lengkapkan ilmu pemakanan sebagai panduan.

Salah satu tandanyna, jantung jadi laju, berdebar..kadang-kadang sesak nafas lepas makan. Denyutan memang laju sikit lepas makan tapi takde lah macam lepas berlari kan.

3) Tidur tak berkualiti. Bila tidur teruk, badan jadi penat, lenguh, sakit-sakit. Emosi kelaut bila bangun pagi. Bila badan stres, penyakit pun lambat sembuh. Jantung memang jadi berdegup-degup. Sebab tu tak cukup tidur boleh terukkan anxiety dan masalah mental juga.

4) Emosi toksik. Sedar tak sedar, hubungan sosial terutamanya media sosial ni kebiasaannya toksik kepada ramai. Sebab tu kena tahu had badan kita. Jika sokmo kita sentap, darah berderau bila scroll-scroll baca newsfeed, komen kat FB ni… Mungkin molek pantang.. Puasa lah media sosial.

5) Toksik Persekitaran. Ini paling susah nak elak. Tapi kita ikhtiar lah minimakan pendedahan. Sabun, shampoo, ubat gigi, perkakas masak dan dapur, detergen basuh baju.. Kena pilih yang kurang mudarat semampu boleh.

Apa kaitan dengan berdebar-debar? Bahan kimia, logam berat toksik ni mengganggu hormon, saraf dan menyebabkan keradangan dan kerosakan..Mungkin sampai ke bahan genetik sel badan kita. Sebab tu lepas basuh kereta///basuh baju guna chemical pun boleh sakit kepala, bersin-bersin, sesak nafas dan ruam gatal-gatal timbul. Boleh trigger berdebar-debar juga!

Semua ni asas. Ambil suplemen, detoks tu tambahan saja. Badan kita perlukan keseimbangan bukan proses detoks yang mungkin bebankan lagi badan. Kanser, penyakit jantung ni tak datang tanpa sebab. Selalu je kita ambil jalan mudah salahkan genetik, salahkan santau sihir tanpa muhasabah diri.

Berdebar-debar ini cuma salah satu badan kita menghadapi bebanan stres. Ia juga merupakan suatu PETANDA @ AMARAN badan kita tengah terbeban ni. Muka kita mungkin senyum. Tapi sedarlah, jiwa kita berkecamuk. Badan kita takkan boleh rehat…
Selagi kita tak ikhtiar pulihkan kerosakan dan kembalikan keseimbangan badan. Fokus yang asas dulu.

Bila kita kembalikan fitrah badan, insha Allah masalah berdebar akan reda dengan automatik, hasil ikhtiar kita…dengan izin Allah.

Sumber: Hafiz Sulaiman,”Doktor Angin” -Pejuang Kesihatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×