Percutian

‘Playing Tourist In KL’ – Ini 6 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Bestie!

12
SHARES

Dapat berjalan dengan kawan-kawan memang seronok tapi biasanya kita hanya pergi tengok wayang, karaoke dan balik. Betul tak? Apa kata lepas ni, korang plan seharian untuk berjalan di sekitar Kuala Lumpur dan lakukan enam aktiviti menarik di bawah dengan bestie.

Tak payah pergi jauh-jauh, dalam Kuala Lumpur pun boleh buat macam-macam dan memori yang dicipta bersama sudah tentunya akan sentiasa diingati.

Baca juga: Ini 7 Hotel Dengan ‘View’ KLCC Harga Bawah RM500/RM1000 Satu Malam Di KL

INI 6 AKTIVITI MENARIK YANG KORANG BOLEH BUAT BERSAMA BESTIE

1. KL HOP ON KL HOP OFF

Kredit: Loopme Malaysia

Bandar Kuala Lumpur merupakan tarikan utama buat mereka yang tinggal di luar dari negeri itu. Pelbagai tarikan menarik boleh dikunjungi dan dicuba untuk mengisi masa lapang.

Bagi mereka yang memilih untuk menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur, apa kata anda mencuba bas KL Hop On Hop Off. Sambil pusing-pusing Kuala Lumpur dan menikmati suasana malam selama dua jam di atas bas. Menariknya! Jom cuba..


2. PETROSAINS

Tak lengkap percutian kalau tak singgah ke Petrosains KLCC. Memang menarik dan confirm anak-anak suka kerana pelbagai aktiviti boleh dicuba. Paling seronok sekali sudah tentunyaa anak boleh belajar sambil bermain bersama ibu bapa. Harga tiketnya murah sahaja berbaloi dengan aktiviti yang disediakan.

 

3. MECANTING BATIK

Selain berjalan di sekitar Kuala Lumpur, apa kata anda cuba aktiviti mencanting batik di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Sangat menyeronokkan dan pengalaman berharga buat yang tidak pernah mencuba. Murah sahaja harganya dan boleh cuba di Te’ja Studio KL. 

Kredit: Teja.KL

Kredit: Teja.KL

4. TUFTING

Tufting merupakan aktiviti terbaharu digilai oleh remaja sekarang. Aktiviti tufting adalah menghasilkan permaidani berumbai menggunakan benang khas yang disediakan. Meskipun harganya agak mahal tetapi berbaloi dengan harga dan banyak lokasi boleh anda pilih yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Yang ni mesti cuba tau!

Kredit: Klook

5. PASAR SENI

Pasar seni antara kawasan tarikan pelacongan luar dan anda memang wajib datang ke sini bersama bestie. Dari A-Z semua ada dan paling best sekali kedai makan di sekitar pasar seni semuanya sedap serta berbaloi.  Selain membeli-belah, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Memang tak rugilah masa dan tenaga anda jika ke pasar seni.

Kredit: The Edge Market

6. KL CAT PLAYGROUND

Jika anda pencinta kucing jangan lepaskan peluang untuk ke KL Cat Playground yang terletak di Sunway Putra Mall. Berharga RM15 untuk kanak-kanak dan dewasa, anda boleh menghabiskan masa selama satu jam bermain bersama si bulus.

Wow! Menarik betul semuanya. Memang tak cukup kalau satu hari nak singgah semua tempat. Mana satu nak pergi dulu ni?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×