Asuh

Perbezaan Tantrum Vs Meltdown, Kanak-Kanak & Orang Dewasa Boleh Alami ‘Amukan’ Ini

11
SHARES
tantrum vs meltdown

Tantrum vs Meltdown, ini merupakan dua situasi yang sering dialami oleh mak ayah yang melayan kerenah anak-anak setiap hari. Malah, bukan sahaja anak-anak kecil sahaja yang berhadapan dengan situasi ini, orang dewasa pun tidak terlepas.

Perlu diambil tahu bahawa kedua-dua situasi ini memberi maksud yang berbeza dan ‘rawatan’ untuk menghentikan situasi ini juga berbeza. Berikut merupakan maksud dan perbezaan antara ‘tantrum’ dan ‘meltdown’ yang ramai dalam kalangan kita sering terlepas pandang.

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

TANTRUM VS MELTDOWN, APAKAH PERBEZAANNYA?

tantrum vs meltdown

Peringatan untuk mak ayah juga bahawa ‘tantrum’ dan ‘meltdown’ bukan eksklusif untuk kanak-kanak autistik sahaja. Mana-mana kanak-kanak boleh mengalami beban deria dan emosi yang boleh membawa kepada tantrum dan meltdown, bahkan orang dewasa juga boleh mengalaminya. Tapi, ada beza antara ‘tantrum’ dan ‘meltdown’ yang anda kena tahu..

Apa itu Tantrum?

Biasanya, jika kanak-kanak atau orang dewasa mengalami ‘tantrum’, anda boleh menentukan atau mengetahui pencetus utama. Selalunya berlaku kerana kanak-kanak atau seseorang itu tidak dapat apa yang mereka inginkan.

Contoh klasik ialah kanak-kanak di kedai yang melihat sesuatu yang mereka inginkan, diberitahu mereka tidak boleh memilikinya, dan kanak-kanak itu meniarap atas lantai sambil menendang dan menjerit. Salah satu punca lain kepada tantrum ini juga adalah kemungkinan kerana lapar atau letih yang membuatkan seseorang itu hilang arah.

-Dalam situasi tantrum, orang itu mungkin mudah terpengaruh dengan kekuatan emosi yang mereka alami, namun mereka masih mengekalkan sedikit kawalan.

-Biasanya tidak akan menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang melampau kepada diri sendiri, orang atau harta benda kerana mereka masih boleh melihat dan mendengar dan mengekalkan sedikit kesedaran tentang persekitaran mereka dan mengawal tubuh mereka sendiri

-Mereka mungkin terdorong untuk meneruskan tantrum sehingga mereka dapat apa yang mereka inginkan/perlukan pada asalnya

Macam mana nak hentikan tantrum?

Walaupun seseorang yang mengalami tantrum mungkin memerlukan bantuan dengan pengawalan diri, pada akhirnya, tantrum biasanya dihentikan oleh usaha dan kemahuan mereka sendiri dan boleh dilakukan secara paksaan.

Kesedaran ini mungkin berlaku lebih cepat jika orang dewasa yang menjaga kanak-kanak itu boleh menggunakan teknik untuk membantu mereka mengawal diri, seperti bertenang, mengubah hala dan menggunakan jenaka yang lembut.

Apa itu Meltdown?

Apabila bercakap mengenai ‘meltdown’, jarang sekali terdapat hanya satu pencetus untuk dikenal pasti. Meltdown selalunya berlaki akibat lebihan beban yang melampau apabila ia berlaku secara perlahan-lahan, dan akhirnya meletup! Inilah yang membezakan dengan tantrum yang boleh berlaku dalam tempoh yang singkat dan bila-bila masa sahaja,

Contohnya mungkin seorang kanak-kanak yang telah menantikan sesuatu sepanjang hari, kemudian dia mendapat tahu bahawa apa yang dinantikan tersebut tidak akan berlaku atau dibatalkan. Keterujaan dan penantian itu sudah berada di tahap yang terlampau banyak untuk dikendalikan oleh kanak-kanak tersebut dalam tempoh yang begitu lama, dan kini ditambah pula dengan kekecewaan yang teruk menyebabkan mereka mengalami bebanan emosi.

-Apabila seseorang — dewasa atau kanak-kanak semakin lemah, mereka tidak mempunyai kawalan. Mereka tidak mempunyai motif tersembunyi, tiada agenda tersembunyi, dan tiada matlamat yang dikaitkan dengan meltdown itu.

-Orang itu biasanya tidak mengekalkan jenis kawalan yang sama ke atas motivasi atau badan atau deria mereka seperti yang mungkin dialami oleh seseorang yang sedang mengamuk.

-Tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap diri sendiri. Tidak dapat mendengar, melihat dan berada di tempat yang sama.

-Seseorang yang mengalami krisis meltdown boleh mencederakan diri sendiri atau orang lain secara tidak sengaja.

Macam mana nak hentikan meltdown?

Tidak seperti tantrum yang boleh dihentikan secara paksaan, meltdown hanya boleh dihentikan dan dikurangkan berdasarkan kemahuan mereka sendiri sahaja. Selalunya, orang yang mengalami meltdown akan duduk bersendirian di kawasan yang selamat dan tenang untuk kembali waras.

tantrum vs meltdown

*Jadi, untuk orang Islam, apabila rasa diri bakal mengalami tantrum atau meltdown boleh segera ambil wuduk dan sentiasa berzikir di dalam hati. Jika anak-anak yang mengalami tantrum dan meltdown, layan dan pujuklah mereka supaya mereka tidak kurang kasih sayang..

Baca juga: Letak 8 Jenis Pokok Ini Dalam Bilik Supaya Tidur Malam Nyenyak, Mimpi Sampai London!

Sumber: Psychology Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×