Asuh

Sindrom Terlupa Anak Dalam Kereta Boleh Berlaku Tanpa Dijangka, Elak Letak Di ‘Blindspot’ Ini

7
SHARES
tertinggal anak dalam kereta

Beberapa hari lepas, kita dikhabarkan dengan satu berita sedih apabila berlakunya pemergian seorang bayi kerana tidak sengaja ditinggalkan ibu di dalam kereta yang diparkir lebih dari 10 jam. Insiden tertinggal anak dalam kereta ini sudah semestinya meruntun hati si ibu yang seolah-olah mengalami sindrom lupa.

Kerana insiden kekhilafan ini, ramai dalam kalangan mak ayah yang lain mengambil langkah berjaga-jaga setiap hari apabila keluar untuk tempat kerja sambil menghantar anak ke pusat jagaan. Bukan itu sahaja, ada 9 tips yang boleh dicuba untuk mengelakkan insiden menyayat hati ini.

Baca juga: Anak Asyik Tanya Kenapa Tak Ada Gajet Macam Kawan Sekolah, Mak Ayah Jawab Macam Ini..

TERTINGGAL ANAK DALAM KERETA, CUBA 9 TIPS INI SUPAYA MAK AYAH TAK LUPA

tertinggal anak dalam kereta

Kes seperti ini kerap berlaku, dan boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu ambil langkah-langkah untuk elakkan ia terjadi. Di sini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu

Di situ adalah titik buta (blindspot). Letakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Jadikan amalan untuk periksa kereta sebelum kunci

Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak

Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan

Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda

Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandubkereat auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar

Ini yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan pihak sekolah, asuhan, pengasuh untuk telefon jika anak tak sampai

Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta

Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. ‘On’ Child Reminder dalam aplikasi Waze

Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

tertinggal anak dalam kereta

*Jika mak ayah ada mengalami masalah kekusutan, kurang rehat akibat bekerja, maka ambil sedikit masa untuk ‘healing’ buat sementara waktu walaupun hanya 15 minit ‘power nap’. 

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×