Menyambut kelahiran bayi merupakan saat-saat yang paling dinantikan buat pasangan suami isteri setelah 9 bulan menunggu. Namun, persediaan awal perlu dilakukan dari pemilihan hospital untuk bersalin sehinggalah list barang bayi baru lahir supaya tidak kalut. Tapi, barang apa yang nak kena beli tu?
Jangan risau, berikut merupakan antara 11 list barang bayi newborn yang mak ayah kena standby supaya mudah perjalanan menjaga bayi comel yang bakal dilahirkan kelak.
11 LIST BARANG BAYI NEWBORN KENA STANDBY
1.SET TILAM
Amat disarankan untuk anda beli yang tebal dan tak panas.
2.KAIN BEDUNG
Pilih yang lembut dan bidang besar supaya senang nak selimut dan bedung anak.
3.KRIM RUAM
Ini digunakan untuk melembutkan kulit serta elak gatal-gatal ruam di badan anak. Antara krim yang boleh dibeli di pasaran adalah jenama SudoCream.
4.SET CUCI BOTOL SUSU
Cuci botol susu dengan bersih adalah penting supaya anak tidak sakit perut. Jadi, beli set lengkap untuk cuci botol susu seperti ini dan mudah juga dibawa travel.
5.BEKAS BOTOL SUSU
Ini pun penting juga selepas mencuci botol susu, beli juga tempat untuk anda keringkan botol susu supaya tidak berbau.
6.PAMPERS
Banyak jenama yang menawarkan jenis lampin pakai buang untuk bayi baru lahir. Newborn memang akan tukar lampin dengan kerap jadi beli jenama yang selesa okay!
7.MINYAK
Masalah perut kembung juga sering dialami oleh bayi baru lahir. Jadi, penggunaan minyak yang tidak panas tetapi mempunyai kandungan herba seperti Minyak Yu Yee.
8.BABY CAR SEAT
Ini merupakan antara barang paling penting! Pastikan anda beli car seat yang boleh melindungi anak ketika perjalanan dalam kereta.
9.BABY COT
Ini merupakan tempat untuk si bayi tidur dengan lena. Paling mudah adalah baby cot ini boleh disambung di katil mak ayah supaya senang nak pantau.
10.BATH TUB
Agak sukar bagi mak ayah yang tidak biasa memandikan bayi untuk lakukan perkara ini kan? Jangan risau, sediakan juga baby bath tub ini di dalam tandas.
11.GROOMING SET
Grooming set ini sangat berguna untuk potong kuku bayi, periksa suhu badan, berus gigi dan pencuci telinga. Mudah!
*Selamat menjaga baby nanti!
Sumber: Sofia Ilham