Asuh

Panduan Untuk Mak Ayah Kenali 7 Warna Najis Bayi, Terutamanya Yang Ada Ekzema

1.5K
SHARES
warna najis bayi

Bila dah ada anak kecil ni, perkara yang memang selalu para ibu atau kadang-kadang para ayah juga terlibat untuk buat adalah membasuh najis. Biasalah, budak-budak mana pandai untuk basuh najis mereka sendiri lagi kan? Jadi, tahukah anda bahawa warna najis bayi sebenarnya mempunyai maksud sama ada mereka mempunyai khasiat yang cukup atau tidak. Ini bermakna, tahap kesihatan anak-anak dapat diukur melalui warna najis mereka!

Kenali Warna Najis Bayi Supaya Tahu Tahap Kesihatan Anak

Korang yang ada anak ekzema selalu runsing pasal najis anak kan? Terutama yang menjaga pemakanan anak-anak ekzema kadang sembelit, kadang cirit, kadang hijau, kadang mustard, kadang tak berak-berak langsung. Harap boleh jadi panduan untuk korang. Selebihnya tanya pada doktor ya jangan dibiarkan.

1. Najis Anak Sembelit

warna najis bayi

•Jarang sebenarnya bayi membuang najis yang berbentuk keras. Kalau tengok dekat sini adalah kesan sebab sembelit di mana ada darah pada najis

•Kalau anak sembelit biasanya akan suggest brown rice sebab kandungan fiber tinggi so najis lebih lawas

2. Najis Anak Bermukus

warna najis bayi

•Biasa terjadi 4 keadaan :

*Anak allergy pada makanan
*Anak ada selsema atau batuk berkahak
*Anak banyak menjejes air liur
*Anak ada jangkitan kuman dalam perut

•Kalau jumpa lendir tapi anak tak sakit, kena check apa yang anak makan sebelum tu. Kalau berterusan berlendir sampai 3 hari check la maybe ada jangkitan dalam perut.

3. Najis Anak Hitam

•Selain daripada waktu awal kelahiran dan makan zat besi tambahan (iron supplement), najis bayi tidak boleh hitam.

•Kalau hitam mungkin ada berlaku pendarahan dalam sistem pencernaan dan perlu rawatan segera.

4. Najis Anak Mula Makan

warna najis bayi

•Najis bayi mula makan kalau perasan warna pun dah bertukar kepada lebih coklat. Najis lebih pekat dan baunya lebih mengancam.

•Kadang-kadang boleh perasan ada makanan tak habis cerna. Awal-awal memang normal ,lagi-lagi kalau baby tak dapat nak kunyah habis atau makan banyak sangat.

•Tapi kalau berterusan sampai umur 7-8bulan masih ada makanan tak cerna,kena check,takut nutrient tak sampai.

5. Najis Anak Menyusu Susu Formula

•Kalau susu formula di berikan najis akan lebih berisi dari susu ibu. Boleh perasan macam ada biji-biji pada najis anak. Bau dia memang kuat berbanding najis anak yang susu badan sahaja.

•Najis ni normal.

6. Najis Anak Menyusu Badan

•Biasa ni warna najis bayi yang menyusu badan. Warna kuning-kuning dan cair macam cirit birit. Tapi anak ok je dan memang najis anak yang breastfeed akan biasa elok lembut dan tidak sembelit.

•Tapi kalau masa breastfeed najis bertukar warna hijau macam seaweed tu,maksudnye anak kurang hindmilk. So bagi anak susu dalam 1 breast lama sikit ya.

7. Transitional poop

•Ni pertukaran najis yang kita akan tengok dari hari kedua sampai hari ke empat anak dilahirkan. Najis bertukar perlahan-perlahan jadi najis yang lain.

Tengok najis anak bulat je memang tahu anak ada sembelit. Ni la najis bila sembelit.Kalau ada ambil nasi putih ke pisang ke kena kurangkan,banyakkan buah prune, pear, papaya.. insyaallah najis cantik balik macam awal-awal… Kena tukar diet cepat tau jangan saje je,berdarah punggung anak nanti.

Ni najis kalau anak banyak makan carrot, normal je ada makanan yang tak sepenuhnya di hadam, so jangan risau sangat.

Ni najis normal bila anak dah mula makan, ini najis normal.

Ni najis bayi yang baru lahir di panggil meconium. Meconium ni terdiri daripada air ketuban, sel-sel mati dan segala bahan yang anak makan masa dalam perut. Tak berbau tapi kene cek kerap untuk tukar pampers. Dalam 2-4 hari kelahiran najis ni akan hilang.

warna najis bayi

 

*Semoga dapat dijadikan panduan buat ibu bapa ya!

Sumber : Dhia Raihana Aryan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×