Famili

Tips Mudah Rawat Luka Ekzema Guna Kunyit Hidup, Macam Ini Cara Buatnya

12
SHARES
PENYAKIT EKZEMA

Penyakit ekzema merupakan masalah keradangan kulit yang menyebabkan gatal dan luka. Sekiranya anda menghadapi ekzema, ini merupakan petua yang boleh dicuba untuk merawat kulit dengan menggunakan kunyit.

Menerusi perkongsian Abu Hannah di laman Facebooknya, kunyit bukan sahaja boleh merawat ekzema tetapi ia juga boleh menyembuhkan luka-luka lain.

Baca juga: Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi!

RAWAT PENYAKIT EKZEMA GUNA KUNYIT HIDUP, INI CARANYA

PENYAKIT EKZEMA

Cara-caranya adalah:

– Kalau kulit ekzema kering, ambil kunyit hidup dan campurkan dengan minyak kelapa dara. Kemudian sapu di bahagian berkenaan.

– Kalau kulit ekzema basah, ambil kunyit hidup campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapu di bahagian berkenaan.

Cara ini juga boleh dilakukan untuk merawat sebarang masalah keradangan seperti tonsil bengkak. Caranya adalah ambil kunyit hidup dan campur madu asli. Kemudian makan.

Sama juga jika ada luka terbuka di badan, boleh sapu kunyit hidup. Pasti keesokan harinya sembuh.

Antara kelebihan kunyit hidup adalah:

1. Kunyit mengandungi sebatian bioaktif dengan sifat perubatan.

2. Curcumin adalah sebatian anti-radang semula jadi yang ada di dalam kunyit.

3. Kunyit boleh meningkatkan anti oksida badan.

4. Mengurangkan risiko sakit jantung.

5. Boleh mencegah sel kanser.

6. Boleh mengurangkan stres.

7. Membantu melegakan sakit sendi.

8. Berpotensi mencegah diabetes.

9. Bertindak sebagai anti bakteria.

10. Mencegah organ hati daripada rosak.

11. Berfungsi sebagai anti penuaan.

12. Mencegah obesiti.

13. Menyembuhkan luka.

14. Mengawal kolesterol dalam badan.

15. Merawat sistem pencernaan.

16. Mengatasi masalah perut kembung.

17. Mengurangkan senggugut ketika haid.

18. Mampu membantu menguatkan daya ingatan.

19. Meredakan gatal-gatal kulit.

20. Boleh melembutkan kulit.

Wah! Tak sangka banyak ya manfaat kunyit.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anak Kongsi Guna 5 Kaedah Rawat Ayah Sakit Di Rumah, Dah Boleh Jalan & Tak Mengesot!

Sumber: Facebook Abu Hannah & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×