Sihat

Sakit Senggugut Boleh Berkurang Jika Elak Ambil 6 Makanan Ini, Memang Berkesan!

2
SHARES
SAKIT SENGGUGUT

Sakit senggugut biasa dialami oleh kaum wanita ketika datang bulan. Selain mengambil ubat untuk melegakan kekejangan perut, anda juga perlu mengelakkan beberapa makanan agar tidak berlaku senggugut teruk.

Jadi, pastikan 6 makanan di bawah anda tidak amalkan. Barulah perut lega dan tidak berlaku sakit senggugut.

Baca juga: Hati-Hati Jika Kerap Ambil 5 Makanan Ini, Jadi Punca Buah Pinggang Rosak!

CARA HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT, WANITA KENA TAHU

SAKIT SENGGUGUT

1. Coklat atau makanan tinggi gula

Ini akan menyebabkan bacaan gula dalam darah meningkat dan darah menjadi berketul.

2. Minuman berkafein

Kafein boleh menyebabkan kembung perut, sakit kepala dan masalah pencernaan terganggu. Jika anda cirit-birit semasa haid, ini bermakna perlu mengurangkan pengambilan kopi.

3. Susu

Ramai yang tak tahu bahawa minum susu ketika period boleh menambah simptom senggugut.

4. Ais batu & minuman sejuk

Ais batu dan minuman sejuk boleh menyebabkan pembekuan darah.

5. Alkohol

Alkohol boleh mempunyai beberapa kesan negatif kepada badan yang boleh memburukkan lagi gejala haid.

Sebagai contoh, alkohol boleh menyebabkan dehidrasi, sakit kepala dan kembung perut. Ia juga boleh mengakibatkan masalah pencernaan, seperti cirit-birit dan loya.

Selain itu, mabuk boleh membawa beberapa gejala yang sama yang berlaku semasa haid termasuk:

  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Keletihan

6. Makanan pedas

Makanan pedas sudah tentunya akan mengganggu kesihatan perut dan menyebabkan cirit-birit, sakit perut serta loya. Jadi ada baiknya jika mengelakkan sebarang makanan pedas semasa haid.

CARA ELAK SENGGUGUT KETIKA HAID

Mengelakkan makanan tertentu bukanlah satu-satunya tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan senggugut. Anda boleh juga cuba cara ini:

1. Senaman

Sesetengah bukti menunjukkan bahawa dengan bersenam seperti kardio ringan dan yoga, boleh mengurangkan kekejangan haid.

2. Hot compressed/kompres panas

Botol air panas boleh melegakan kesakitan di perut dan bahagian belakang badan.

3. Ubat

Ibuprofen dan ubat-ubat lain boleh mengurangkan kekejangan perut.

4. Urut

Mengurut perut atau belakang badan boleh mengurangkan sakit haid. Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2010, mengurut dapat melegakan kesakitan dalam 23 subjek dengan endometriosis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Minum Air Tenaga Homemade Ini Kalau Ibu-Ibu Kerap Sakit & Lenguh Badan, Memang Lega!

Sumber: TikTok Noori Ahli Farmasi & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×