Sihat

Minum Air Tenaga Homemade Ini Kalau Ibu-Ibu Kerap Sakit & Lenguh Badan, Memang Lega!

20
SHARES
air tenaga

Jika ibu ayah kerap penat badan dengan rutin harian, boleh cuba minum air tenaga untuk menaikkan sistem imunisasi badan. Seperti perkongsian Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya, air buatan sendiri ini sememangnya berkesan.

Bahan yang digunakan mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan dan ia juga mampu bertindak sebagai anti virus. Jom cuba!

Baca juga: Ternyata Minum Air Lemon Cengkih Memang Berkesan Untuk Rawat Batuk, Selesema & Migrain

AIR TENAGA UNTUK IBU-IBU MINUM, BARU KEKAL SIHAT

air tenaga

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Rebus dengan air seperiuk dan minum hari-hari. Ini yang saya biasa buat. Serai+Pandan, rasa dia Masya Allah superb. Kesan pun amazing.

Energy boosting tea yang saya selalu buat bila badan letih ada juga yang berasaskan halba dan habbatus sauda. Kedua-duanya ada khasiat yang hampir serupa iaitu:

  • Anti radang
  • Anti virus
  • Anti bakteria
  • Anti bengkak
  • Natural painkille

Ada banyak versi energy boosting drink ibu. Tak akan nak minum yang sama hari-hari kan? Kita cuba pula resepi lain letak kembang semangkuk.

Bahan-bahan:

  • ½ sudu besar halba
  • ½ sudu besar habbatus sauda
  • Organic molasses/coconut sugar
  • 2 helai daun pandan
  • 2 batang serai
  • Secubit garam himalaya
  • White fungus atau kembang semangkuk
  • Kurma merah atau kismis
  • 2 liter air

Cara penyediaan:

1. Reneh semua bahan di atas menggunakan kaedah slow cook selama 1 jam.

2. Simpan di peti sejuk. Nak minum boleh keluarkan dulu bagi hilang sejuk.

Anak usia 2 tahun ke atas pun boleh minum. Sesuai untuk berpantang juga. Untuk ibu mengandung tak perlu letak habbatus sauda kerana ia sensitif.

Semoga bermanfaat. Kita perlu sihat untuk jaga keluarga.

Baca juga: Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×