Sihat

Petua Untuk Wangikan Faraj Supaya Bau Lebih Enak, Suami Pasti Rasa Terangkat!

10
SHARES
PETUA FARAJ WANGI

Para isteri di luar sana sedang mencari petua faraj wangi agar disayangi suami? Berikut di bawah ini perkongsian oleh Dr Raihana Ismail mengenai makanan yang mampu membuatkan kemaluan lebih ‘sihat’.

5 jenis makanan ini digalakkan untuk isteri amalkan dan ada juga yang sesuai dimakan oleh suami untuk kesuburan.

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Ikhtiar Anak Asma Guna Telur Ayam Kampung & Madu, Cubalah!

PETUA FARAJ WANGI, IKUT PERKONGSIAN DOKTOR INI

PETUA FARAJ WANGI

1. Nanas

Bukan hanya sedap, buah nanas kaya dengan vitamin B6 dan C. Selain itu, ia juga mengandungi bormelain yang tinggi di mana mampu meningkat sistem imunisasi badan.

Ini bermakna masalah keputihan dapat diselesaikan sekiranya anda mengamalkan makan nanas setiap hari. Bagi sesiapa sedang ikhtiar hamil, boleh memilih nanas bermula hari pertama haid sehingga sebelum berovulasi.

Lebih menarik lagi, bromelain dalam nanas boleh membantu matangkan telur bagi sesiapa yang ada masalah PCOS.

2. Buah-buahan beri

Buah beri kaya dengan vitamin C, anti oksidan, serat, kalium dan folat. Amalkan setiap hari.

3. Yogurt asli

Yogurt asli mengandungi protein, kalsium, vitamin dan prebiotik yang bagus. Ini bermakna boleh melindungi usus dan sekali gus menyebabkan faraj berbau wangi.

4. Tembikai

Menurut Dr Raihana Ismail, lebih bagus sekiranya tembikai tersebut dimakan sekali dengan empulur hijau kerana sangat bagus untuk kesihatan.

Tembikai mengandungi banyak air dan secara automatiknya boleh menyebabkan alat sulit lebih basah dan tidak kering. Makan tembikai juga boleh meningkatkan hormon seksual iaitu libido.

5. Rempah kulit kayu manis

Kulit kayu manis boleh meningkatkan hormon seksual lelaki dan wanita. Untuk lelaki, ia boleh mencegah mati pucuk, meningkatkan tahap testoteron dan menggalakkan ereksi.

Bagi wanita, kayu manis dianggap sebagai afrodisiak dan boleh meningkatkan aliran darah yang membawa kepada dorongan seks lebih tinggi. Kayu manis juga boleh membantu masalah haid tidak teratur dan boleh bertindak sebagai perangsang seksual yang kuat apabila digunakan dalam jumlah sedikit.

Baca juga: Buat Sendiri Air Ginger Shot Di Rumah, Boleh Kecutkan Jerawat & Jaga Dalaman!

Sumber: TikTok Dr Raihana Ismail & Instacare

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×