Sihat

Ibu Kongsi Cara Ikhtiar Anak Asma Guna Telur Ayam Kampung & Madu, Cubalah!

26
SHARES
petua hilangkan asma

Asma merupakan penyakit yang mengganggu bahagian saluran pernafasan. Antara petua hilangkan asma seperti dilakukan oleh orang tua-tua adalah menggunakan telur ayam kampung mentah.

Menerusi perkongsian Farah di laman Facebooknya, cara tersebut ternyata mujarab dan berkesan untuk menyembuhkan asma kerana anak-anaknya sudah kurang lelah atau penat.

Baca juga: WAH! Tak Sampai Sebulan Confirm Seluar Londeh, Rupanya Sebab Minum Air Jus Ini

petua hilangkan asma

Ini antara petua orang tua-tua yang saya gunakan. InsyaAllah kita cuma ikhtiar sahaja.

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Campurkan kedua-dua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.

2. Sebelum minum, selawat 3 kali berserta niat.

InsyaAllah dengan izinNya, penat dan asma akan berkurangan. Petua ini boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Walau bagaimanapun, tidak digalakkan untuk mengamalkannya selalu. Dapatkan rawatan doktor sekiranya sakit berpanjangan.

Antara kelebihan madu adalah:

1. Sumber anti oksidan yang bagus

Madu asli bertindak anti oksidan yang mampu melindungi tubuh daripada kerosakan sel akibat radikal bebas. Radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

Kajian mendapati sebatian anti oksidan dalam madu mentah yang dipanggil polifenol mempunyai kesan anti-radang.

2. Banyak khasiat

Secara amnya, satu sudu atau 21 gram madu asli mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula. Madu juga mengandungi:

  • Kalsium
  • Magnesium
  • Mangan
  • Niasin
  • Asid pantotenik
  • Fosforus
  • Potasium
  • Riboflavin
  • Zink

3. Bertindak sebagai sifat anti bakteria  

Kajian mendapati bahawa propolis dalam madu mempunyai ciri anti bakteria.

4. Membantu masalah penghadaman 

Madu juga digunakan untuk merawat masalah pencernaan seperti cirit-birit. Ia juga mengandungi prebiotik yang baik di mana bukan sahaja penting untuk penghadaman tetapi kesihatan keseluruhan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×