Asuh

“Mommy! Sesak Nafas Lah” – Jangan Risau, Penyakit Lelah Anak Boleh Hilang Dengan Petua Ini

9
SHARES
PENYAKIT LELAH

Asma atau penyakit lelah sering berlaku dalam kalangan kanak dan ia melibatkan semua peringkat umur. Kajian mendapati penyakit ini semakin serius dan merisaukan.

Antara punca penyakit lelah boleh terjadi adalah jangkitan virus pada sistem pernafasan, senaman, emosi dan lain-lain. Sekiranya si kecil mempunyai demam alah, risiko untuk mendapatkan asma akan lebih tinggi.

Baca juga: Ibu Kongsi 5 Tips Didik Anak Jadi Soleh, Dapat 15K Shares!

CARA BERKESAN & MUDAH HILANGKAN PENYAKIT LELAH ANAK

PENYAKIT LELAH

Terdapat beberapa rawatan boleh dilakukan untuk menghilangkan penyakit lelah anak.

1. Madu

Umum mengetahui madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Kajian pada tahun 2019 mendapati madu boleh membantu meningkatkan pernafasan dan menjaga fungsi paru-paru.

2. Halia

Halia bersifat anti radang dan boleh membantu mengurangkan penyakit lelah. Ini kerana sebatian yang dipanggil  6-gingerol,  terbukti mampu merawat keradangan paru-paru dan asma.

3. Bawang putih

Selain halia dan madu, bawang putih juga boleh mengurangkan asma. Kajian mendapati bahawa ekstrak di dalam bawang putih boleh membunuh bakteria dan menggalakkan sistem imunisasi.

Antara kegunaan lain bawang putih juga adalah merawat penyakit jantung, demam, selesema, kanser dan cacing kerawit.

4. Kunyit

Kunyit mengandungi curcumin yang boleg mengurangkan keradangan saluran pernafasan. Kunyit juga bagus untuk penghidap rheumatoid arthritis, selesema, batuk dan penyakit yang disertakan dengan sakit abdomen.

5. Serai

Serai mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, zat besi, kalsiuam dan magnesium. Serai digunakan secara tradisional untuk menghilangkan asma dan meningkatkan sistem imunisasi kerana kandungan vitamin C.

Selain rawatan menggunakan bahan semula jadi seperti di atas, terdapat tiga jenis ubat asma boleh digunakan.

Ubat kawalan

– Ubat ini dapat mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan saluran pernafasan dalam keadaan terbuka untuk jangka masa yang lama. Ia sesuai digunakan untuk kes serangan penyakit lelah yang teruk.

Ubat pelega

– Ubat ini berfungsi untuk membuka saluran pernafasan yang sempit dan mengendurkan otot-otot pernafasan.

Ubat pencegah

– Bagi mengelakkan serangan asma, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat pencegah. Ia bertindak mengurangkan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

Untuk pengetahuan ibu ayah, penyakit lelah tidak boleh disembuhkan tetapi hanya boleh dikawal dengan cara seperti di atas. Ketika meningkat usia remaja, kanak-kanak akan bebas daripada asma.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Sesekali Marah Anak Pada 5 Waktu Ini, Boleh Buat Mereka Jadi Pendendam!

Sumber: Healthline, MyHEALTH & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×