Sihat

Nampak Macam Biasa Badan Sejuk Tapi Berpeluh, Rupanya Bahaya, Ini Puncanya!

51
SHARES
badan sejuk tapi berpeluh

Pernah tak anda alami masalah badan sejuk tapi berpeluh? Kadang-kadang mesti terfikir perkara ini terjadi kerana cuaca panas atau penghawa dingin di rumah kurang sejuk.

Keadaan ini dipanggil peluh sejuk dan tidak boleh dibiarkan kerana ia terjadi disebabkan masalah kesihatan. Artikel kali ini kami akan kupaskan punca badan sejuk tapi berpeluh dan cara mengatasinya.

Baca juga: Jangan Biarkan Kalau Darah Haid Keluar Sedikit, Anda Mungkin Ada Masalah Kesihatan!

BADAN SEJUK TAPI BERPELUH: BAHAYA ATAU TIDAK?

badan sejuk tapi berpeluh

1. MENOPAUS

Menopaus adalah keadaan di mana wanita berhenti haid secara kekal. Pada masa ini, perubahan ketara dalam pengeluaran hormon estrogen dan progesteron badan dipercayai menjadi punca badan berpeluh.

2. PENGAMBILAN UBAT

Pengambilan ubat tertentu boleh dikaitkan dengan badan berpeluh pada waktu malam. Steroid dan ubat-ubatan yang diambil untuk menurunkan demam, seperti aspirin atau acetaminophen secara paradoks boleh menyebabkan berpeluh.

Sesetengah orang, pengambilan kafein secara berlebihan boleh menjadi punca badan berpeluh. Penggunaan alkohol dan dadah juga boleh meningkatkan risiko berpeluh pada waktu malam.

3. MASALAH HORMON

Perubahan endokrin yang mengawal tahap hormon dalam badan, boleh dikaitkan dengan masalah berpeluh. Antara masalah hormon yang berkaitan dengan peluh malam termasuk hipertiroidisme, diabetes dan paras hormon seks yang tidak normal.

Bahagian otak yang mengawal suhu badan dikenali sebagai hipotalamus juga terlibat dalam sistem endokrin. Disfungsi hipotalamus mungkin merupakan isu asas yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon dan peluh malam.

4. JANGKITAN KUMAN

Jangkitan tuberkulosis adalah jangkitan yang paling kerap dikaitkan dengan badan berpeluh walaupun sejuk. Buat anda yang tak tahu, badan berpeluh waktu malam juga merupakan simptom jangkitan HIV. Jangan biarkan!

5. HAMIL

Tahap hormon yang berubah-ubah semasa kehamilan juga boleh menyebabkan anda mengalami peluh sejuk. Peluh sejuk lebih kerap berlaku semasa trimester pertama (minggu 1 hingga 14) dan trimester ketiga (minggu 27 hingga bersalin).

badan sejuk tapi berpeluh

CARA MENGATASI

Peluh mungkin berterusan sehingga beberapa minggu selepas melahirkan kerana hormon masih belum stabil.

Untuk mengatasi masalah ini, boleh cuba beberapa cara di bawah:

– Minum air sejuk sepanjang malam.

– Gunakan bantal dan sarung tilam yang ada gel penyejuk.

– Pakai baju tidur yang longgar, ringan, kapas atau linen.

Bersenam setiap hari dengan berjalan, berenang, menari, berbasikal dan lain-lain.

– Bersantai sebelum tidur menggunakan teknik pernafasan dalam, relaksasi dan meditasi.

– Gunakan kipas bilik tidur, tidur dengan tingkap terbuka, atau hidupkan penghawa dingin.

– Simpan pek sejuk di bawah banta, kemudian balikkan bantal untuk tidur permukaan yang sejuk.

– Elakkan makanan dan minumun yang menyebabkan peluh sejuk seperti alkohol, makanan pedas, kafein dan rokok.

Dapatkan rawatan doktor sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu tidur anda.

Sumber: Mayo Clinic, Sleep Foundation & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×