40 Minggu

Rasa Nak Bersenam Semasa Hamil, Cuba 5 Senaman Ini, Barulah Senang Beranak!

17
SHARES
senaman ketika hamil

Semakin aktif dan cergas semasa hamil, lebih mudah untuk ibu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal dan berat badan. Senaman tidak berbahaya untuk bayi malah ada kajian membuktikan bahawa wanita yang aktif, kurang kemungkinan mengalami masalah ketika hamil dan bersalin.

Sekiranya anda ingin cuba melakukan senaman ketika hamil, di bawah ini kami kongsikan beberapa senaman yang sesuai untuk dilakukan agar memudahkan proses kelahiran.

Baca juga: Nak Dapat Anak Cepat, Cuba 7 Posisi Hubungan Badan Ini, Baru Cepat Hamil!

SENAMAN KETIKA HAMIL MOMMIES BOLEH CUBA, BARULAH SENANG!

senaman ketika hamil

1. BERJALAN

Brisk walk dapat membantu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot. Ini merupakan senaman paling sesuai dan mudah untuk ibu mengandung kerana berimpak rendah dan kurang menggunakan tenaga. Senaman ini juga membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat.

2. BERENANG ATAU SENAMAN AIR

Berenang dapat membantu menampung berat ibu dan bayi dan ia juga boleh mengekalkan kadar denyutan jantung. Sekiranya anda mengalami sakit pinggang, berenang pasti boleh melegakannya.

3. YOGA & PILATES

Sebelum mendaftarkan diri ke kelas yoga dan pilates, pastikan beritahu pengajar terlebih dahulu tentang kesihatan diri. Ini kerana untuk memastikan pengajar tidak menyuruh anda melakukan posisi bahaya seperti terlentang. Sesetengah pusat gym ada menawarkan yoga pranatal untuk ibu hamil.

senaman ketika hamil

4. MEMANJAT TANGGA

Jika ibu ingin membuka pelvis dan menurunkan bayi ke saluran kelahiran, ibu dinasihatkan untuk memanjat tangga tapi pastikan sentiasa berhati-hati. Jangan salah langkah!

5. DUDUK MENCANGKUNG

Berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam keadaan mencangkung dan tahan selama 10 saat. Ulangi senaman ini untuk menguatkan paha dan pinggul.

Semasa hamil, elakkan aktiviti yang meningkatkan risiko kecederaan, seperti:

– Sukan yang menggunakan tenaga perut seperti hoki ais, tinju, bola sepak dan bola keranjang

– Aktiviti yang boleh mengakibatkan kejatuhan, seperti ski salji menuruni bukit, ski air, meluncur, berbasikal luar jalan, gimnastik dan menunggang kuda.

– Aktiviti yang dilakukan melebihi 6,000 kaki (jika anda belum tinggal di altitud tinggi)

Jangan lakukan aktiviti senaman terlalu lasak kerana risau akan mendatangkan risikko kepada bayi dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya tidak pasti.

Sumber: Healthy Mom Strong Babies, NHS, American Obstetricians & Gynecologists

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×