Menanti kelahiran cahaya mata yang dikandung selama 9 bulan adalah perasaan teruja yang sukar digambarkan oleh para ibu. Mana tidaknya, pasti si ibu tidak sabar untuk mencium ‘bau syurga’ dan bermain bersama si kecil ini bukan? Namun, di sebalik keterujaan si ibu, jangan lupa untuk melakukan beberapa persediaan sebelum masuk ke labour room atau checklist barang bersalin bagi memudahkan urusan bersalin nanti.
Berikut merupakan 5 benda yang anda kena buat sebelum masuk ke labour room hospital. Nak bersalin pun rasa tenang dan mudah sahaja nanti.
Baca juga: Isu Tertukar Bayi, Doktor Kongsi Proses Mak-Mak Kena Alert Bila Discaj Dari Wad
KENA BUAT 5 CHECKLIST INI SEBELUM MASUK LABOUR ROOM
1. Makan
Bila dah rasa sakit contraction, jangan lupa makan untuk tambah tenaga. Penting tau! Ramai ibu yang penat & habis tenaga masa meneran sebab perut kosong. Tak ada selera pun kena paksa makan juga.
2. Mandi
Bersihkan badan sebelum serah diri ke hospital. Pastikan badan anda bersih & wangi. Psttt, jangan lupa cukur dulu Miss V tu!
3. Bertenang
Jujurnya bersalin memang pengalaman yang menakutkan. Apa lagi kalau kita ni first time nak bersalin. Tapi, kita perlu kekal tenang & banyakkan berzikir & berdoa agar urusan kita dipermudahkan.
“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.”
4. Tukar tudung
Sebelum masuk labour room, pastikan anda tukar pada tudung sarung yang kainnya selesa & bersih. Kalau boleh, pilih yang ironless & pinless.
5. Buang air besar
Bunyi macam kelakar tapi memang ada nurse yang akan pesan supaya kita buang air besar dulu sebelum nak bersalin. Salah satu sebabnya supaya kita nak terbuang air besar masa meneran.
Sumber: SangBulu Hq