40 Minggu

Isu Tertukar Bayi, Doktor Kongsi Proses Mak-Mak Kena Alert Bila Discaj Dari Wad

265
SHARES
proses discaj wad bersalin

Semalam kecoh di laman media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa bayi yang baru dilahirkannya itu telah tertukar dengan bayi orang lain. Lebih mencemaskan apabila perkara itu hanya diketahui selepas mereka sudah pulang ke rumah.

Oleh itu, bagi mengelakkan kes sebegini berlaku lagi ibu-ibu perlu juga alert dengan proses discaj dari wad selepas bersalin. Berikut merupakan penjelasan proses discaj dari wad dari pakar di mana anda boleh jadikan sebagai panduan masa hadapan.

Artikel berkaitan: ‘Semua Buat Sendiri’- Ini 9 Checklist Ibu Bakal Bersalin Musim PKP

ISU BAYI TERTUKAR, INI PROSES IBU BERSALIN APABILA DISCAJ

Untuk memastikan baby yang betul diberikan pada ibu yang betul, juga untuk kurangkan insiden bayi diculik, setiap hospital ada SOP tersendiri. Proses untuk ibu bersalin discaj bersama baby (lebih kurang macam ni, lain tempat lain caranya, tapi asasnya tetap sama)

1) Postnatal round

Dr O&G check ibu, Dr Paeds check baby. Ada sesetengah hospital Dr yang check ibu tu akan check baby sekali. Address all the concerns, start semula ubat si ibu makan sebelum mengandung, check penyusuan, tanya pasal family planning, tanya pasal darah nifas, pegang abdomen tengok rahim contracted ke tak. Baby pula check secara luaran, dan tengok sama ada baby da kencing atau belum. Kalau kuning kurang 24 jam tu – nak kena refer Dr paeds.

2) Biasa saya check luka episiotomy dan buat swabbing sendiri.

Ada sesetengahnya misi buat swabbing dan check episiotomy wound.

3) Injection BCG bagi kat baby.

Ni biasa Misi buat – jururawat masyarakat (reben purple) atau jururawat terlatih (reben biru). misi private maybe lain.

4) Settlekan ubat si ibu perlukan.

List ubat ni biasa dah siap-siap masa postnatal round. So misi akan maklumkan pada farmasi, ibu sekian nak discaj dia ada ubat sekian sekian. So farmasi akan siapkan ubat. Kalau ada ubat yang perlu diajar – contoh macam insulin atau inhaler atau ubat cucuk cairkan darah farmasi akan naik wad untuk ajar camne nak guna. Kalau hanya ubat cuci luka, biasa ada stock wad – so farmasi tak naik la. Pakai je apa yang ada.

5) Document berikut akan diberikan pada ibu:

-Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01
-Borang Pengesahan Kelahiran (berwarna putih).
-Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
-Buku Antenatal KIK/1(a)96 ( buku pink )
-Kad Temujanji ( kalau ada appointment)
-Borang Kepingan Caj Hospital jika berkenaan ( ni kena settle dgn unit hasil )
-Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan

6) Ada 3 checkpoints untuk baby discaj :

-Raised handPertama – kaunter misi.

Sini misi akan check nama mak dan IC, nama baby ( follow tag kaki ). Ada sorang lagi kat sini biasa misi juga yang jadi saksi. Bila 2 orang tengok beserta mak baby, so kurangla risk lakukan kesilapan. Pampers akan dibuka untuk tengok jantina baby betoi ke tak. So bila semuanya puas hati, baru la mak dan baby lepas ke checkpoint seterusnya.

-Raised handKedua – entrance wad

Kat sini ada guard jaga. So guard ni dah dilatih untuk selak kain baby tengok tag kaki, dan tag mak dan IC, juga check documents yang ada dan baru dilepaskan ke lift. So ibu boleh terus ke checkpoint seterusnya

-Raised handKetiga – lobby hospital ( sebelum keluar hospital )

Kat sini ada guard lagi. Guard sini check semula tag kaki baby dan tag mak beserta IC.Kan ada borang untuk pengawal keselamatan dapat dari wad tu, so ibu kena serahkan borang tu pada guard. Pada checkpoint ini, tag pada ibu dan tag pada baby akan dipotong.

Ada sesetengah guard akan call ward dari lobby untuk confirmkan dengan misi kaunter – pesakit sekian sekian balik dengan baby. Just untuk double check, sebelum depa potong tag. Ada tu siap buka pampers nak confirmkan jantina baby. Maka berangkatlah pulang si ibu dengan baby memasing. Semua proses ni kekadang ada PPK ( attendant ) atau misi yang ikut sama. Semua steps ni penting untuk pastikan baby yang betul kepada mak yang betul. Orang nak culik baby pun susah la kan, dengan 3-tier security macam ni.

-Right pointing backhand index

Hanya ibu sahaja boleh pegang baby. Mak Su, Mak teh, Mak long – tak boleh. Suami pun tak boleh pegang baby. Hanya ibu sahaja. Zaman covid ni biasanya mmg ibu sorang la, dari admission sampai la proses discaj tu.

Ada satu kes dahulu, tag baby tertanggal dan terjatuh masa dari checkpoint 2 ke checkpoint 3. Maka guard kat checkpoint 3 pelik la kan baby dah takde tag masa sampai kat dia.

“Mana tag baby?”

“Eh tadi ada tau kat atas, maybe da tercicir”

So, suami pun bergegas naik semula carik tag. Nasib baik jumpa. Saya kebetulan masa tu memang ada kat lobby, so saja la tengokkan bising-bising,ibaratnya ada isu,

“Mak guard tu bising seolah-olah saya nak culik baby plak. Takut saya Dr”. Boleh nampak berpeluh dahi mak masa tu.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×