40 Minggu

Nak Dapat Anak Cepat, Cuba 7 Posisi Hubungan Badan Ini, Baru Cepat Hamil!

17
SHARES
posisi seks mudah hamil

Tiada posisi seks yang “salah” untuk pastikan anda mengandung. Tetapi mungkin terdapat beberapa jenis posisi seks mudah hamil yang dapat meningkatkan kemungkinan sperma bertemu telur.

Walaupun tiada sebarang bukti saintifik berkenaan setiap posisi bersetubuh ini dapat memudahkan kehamilan, namun faktor seperti graviti mungkin akan menyebabkan air mani terkeluar dari lubang faraj. Jadi mengapa tidak diberikan percubaan? Mari ikuti kajian yang dilakukan para pengkaji di laman Bedbible.com.

Baca juga: Ketahui Tanda Faraj Tidak Sihat & Tips Menjaga Mahkota Wanita Yang Satu Itu

7 POSISI SEKS UNTUK BANTU ANDA DAPAT ZURIAT

posisi seks mudah hamil

Gambar hiasan: Shutterstock.

JENIS POSISI SEKS MUDAH HAMIL

Justeru itu, dalam usaha anda untuk peroleh zuriat, apa kata mencuba pelbagai posisi seks di bawah ini. Paling penting, berseronoklah bersama pasangan anda!

1. KEDUDUKAN LELAKI DI ATAS (MISSIONARY)

Kedudukan lelaki di atas ialah kedudukan seks di mana, secara amnya, seorang wanita berbaring telentang dan seorang lelaki berbaring di atasnya semasa mereka berhadapan antara satu sama lain dan melakukan hubungan seks.

Ketika lelaki berada di atas ia membolehkan sperma mengalir ke dalam lubang faraj dan ke arah serviks. Nak lebih berkesan, letakkan bantal di bawah bahagian bawah anda yang boleh memberikan sudut yang lebih baik untuk sperma.

2. KAKI DI ATAS BAHU (LEG ON SHOULDERS)

Hanya berbeza sedikit dari gaya missionary. Semasa posisi wanita dalam keadaan baring terlentang dirinya perlu meletakkan kaki di atas bahu lelaki sewaktu persetubuhan. Kedudukan ini membolehkan sperma mendekati serviks sedekat yang mungkin dan memberikan nikmat yang lebih sedap.

3. DOGGIE STYLE

Doggie style adalah keadaan wanita yang sedang menonggeng badan dan lelaki melakukan penatrasi dari arah belakang. Mana-mana kedudukan yang membolehkan penetrasi ke dalam, boleh membantu sperma sedekat mungkin dengan serviks yang memungkinkan berlakunya kehamilan.

4. REVERSE COWGIRL

Satu daripada lima wanita mempunyai rahim terbalik ‘retroverted uterus’. Sekiranya anda termasuk dalam kalangan mereka, ini mungkin posisi seks terbaik untuk hamil.

Caranya di sini, wanita perlu duduk di atas pasangan dengan menghadap ke belakang (tidak saling berhadapan). Ia dapat memberikan sudut penetrasi yang unik dan hangat. Sementara itu, tangan lelaki bebas menyentuh tubuh wanita untuk lebih keasyikan.

posisi seks mudah hamil

Gambar hiasan: Shutterstock.

5. SIDE BY SIDE

Dalam kedudukan ini, pasangan berbaring bersebelahan sambil menghadap satu sama lain. Kedudukan ini juga boleh memberikan tusukan dalam yang boleh membantu sperma cepat sampai ke serviks.

6. MASUK BELAKANG (REAR ENTRY)

Semasa wanita berbaring meniarap, lelaki akan membuat tusukan dari belakangnya. Kedudukan ini boleh membantu zakar mencapai lebih dalam ke dalam pembukaan faraj daripada kedudukan missionary, menurut kajian Journal of Sex & Marital Therapy, yang mendokumentasikan penemuan dengan MRI.

7. WHEELBARROW

Ia diakui antara posisi seks yang paling mencabar untuk mengandung. Tak digalakkan untuk wanita yang sudah mempunyai ‘baby bump’.

Kedudukan wanita seolah-olah menjadi kereta sorong di mana badan menghadap ke bawah, sorong-tangan di atas lantai atau katil (boleh gunakan siku untuk rehatkan tangan) sambil kaki dinaikkan ke peha lelaki sebagai tampungan.

Lelaki pula akan memegang kaki wanita dan berdiri di antara peha wanita sambil membuat tusukan zakar dari belakang. Ia membolehkan penetrasi dalam yang boleh membawa sperma lebih dekat dengan telur.

PERINGATAN!

Sekadar peringatan. Pastikan anda merujuk pakar agama mengenai posisi seks yang dibolehkan dan diharamkan mengikuti saranan agama masing-masing.

Sumber: Bedbible.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×