Sihat

Ada Ruam, Bintik-Bintik & Pedih Pada Kemaluan, Mungkin Anda Alami Penyakit Kelamin Ini

3
SHARES
penyakit kelamin

Melalui hantaran yang dibuat Dr. Erna Nadia di laman Facebooknya, Genital Herpes merupakan sejenis penyakit kelamin (jangkitan seksual) atau sexually transmitted infection yang berpunca daripada virus bernama Herpes Simplex Virus (HSV).

Di mana, tumbuhnya ruam yang sakit dan luka kecil atau melecet di sekitar bahagian alat kelamin. Ia boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, tetapi lebih berisiko berlakunya pada wanita kerana keadaan anatomi alat kelamin wanita. Jom ikuti butirannya dengan lebih lanjut.

Baca juga: Betul Ke Garam Dapat Merawat Penyakit? Ini Kesan Garam Terhadap Kesihatan

GENITAL HERPES (HERPES KELAMIN)

penyakit kelamin

Gambar hiasan: Google.

Sejenis penyakit kelamin (jangkitan seksual) atau sexually transmitted infection yang berpunca daripada virus bernama Herpes Simplex Virus ( HSV). Ianya menyebabkan tumbuh ruam yang sakit dan luka kecil atau melecet di bahagian sekitar alat kelamin.

Boleh berlaku pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih berisiko berlaku pada wanita kerana keadaan anatomi alat kelamin wanita. Sangat mudah berjangkit pada orang lain yang melakukan hubungan kelamin dengan orang yang ada atau terjangkit dengan virus ini.

PENYAKIT KELAMIN TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS:

1. JENIS 1

penyakit kelamin

  • Menjangkiti mulut, bibir dan hidung.
  • Boleh berlaku pada alat kelamin tapi jarang dan tidaklah seteruk jenis 2.
  • Boleh berlaku pada kanak kanak dan orang dewasa jika ada terdedah dengan virus ini walaupun bukan melalui hubungan kelamin.

2. JENIS 2

  • Berlaku pada dan sekitar alat kelamin.
  • Ruam, luka, lepuh dan sakit jika tersentuh atau terkena air.
  • Sangat cepat merebak melaluu hubungan seksual dan hubungan kulit ke kulit.

Penyakit ini selalu berlaku pada mereka yang aktif secara seksual atau selalu bertukar pasangan. Ibu hamil yang terjangkit dengan virus ini boleh menjejaskan bayi sewaktu mereka melahirkan anak nanti.

APAKAH SIMPTOM YANG SELALU TERJADI?

Gambar dari Google menunjukkan keadaan ruam/lepuh/ulser yang boleh berlaku dalam Genital Herpes.

1. Sakit atau gatal di bahagian kelamin atau punggung.

2. Ulser atau lepuh dengan nanah jernih atau putih atau kekuningan.

3. Keruping atau isi mati terbentuk selepas ulser sembuh.

4. Sakit sewaktu nak buang air kecil.

5. Demam, sakit badan, sakit kepala

6. Kelenjar limfa di sekitar peha akan bengkak.

Sewaktu pertama kali diserang virus herpes ini (jangkitan primer), lepuh, ruam atau ulser yang menyakitkan akan berlaku dalam masa 2-3 minggu.

Sehinggalah mendapat rawatan yang betul, luka/lepuh/ulser/ruam ini akan menjadi kering dan meninggalkan parut dan mula rasa gatal atau sengal sengal di bahagian pertama kali virus itu masuk atau menjangkiti.

Waktu ini kita sebut prodromal period. Jika tak dirawat dengan betul, ianya akan kembali berlaku kembali.

Virus ini biasanya akan terus mati kalau terdedah dengan udara/persekitaran luar. Jadi, sangatlah jarang atau mustahil jika seseorang itu dijangkiti semasa berenang di kolam atau duduk di tandas awam atau berkongsi tuala dengan orang lain.

PENYAKIT KELAMIN: DIAGNOS & RAWATAN

penyakit kelamin

Gambar hiasan: Google.

Cara untuk diagnos adalah melalui pemeriksaan fizikal, pengambilan darah dan juga penghantaran sampel tisu ke makmal.

Tapi biasanya bila dengar cerita pesakit dan melihat secara fizikal pun dah boleh tahu. Rawatan yang diberikan biasanya berdasarkan simptom pesakit.

Ubat antivirus akan diberikan kepada anda dan pasangan untuk matikan virus, sembuhkan luka dengan cepat, kurangkan tempoh jangkitan dan mengurangkan risiko terkena kepada orang/ahli keluarga lain.

LAKUKAN HAL INI SEKIRANYA ANDA TERKENA GENITAL HERPES

Jika anda terkena jangkitan ini, make sure:

1. Makan dan habiskan ubat yang diberikan.

2. Jangan sentuh bahagian kelamin anda melainkan jika perlu.

3. Kerap membasuh tangan.

4. Elakkan hubungan kelamin sehingga benar benar sembuh.

5. Jika hamil, dapatkan nasihat doktor.

Kesimpulan kata, elakkanlah bertukar-tukar pasangan. Sedap hanya sementara. Sakit selamanya.

Dr. Erna Nadia,

Kebersihan itu sangat luas maknanya.

Sumber: Facebook Erna Nadia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×