Sihat

Doktor Pesan Hati-Hati Beli Produk ‘Claim’ Miss V Boleh Wangi, ‘Scam’ Perubatan Terbesar!

51
SHARES

Isu produk untuk vagina atau mesranya digelar ‘Miss V’ yang dijual di pasaran sudah acap kali diuar-uarkan kesedaran mengenai kesannya kepada vagina anda. Malah, masih ada lagi sebilangan kecil wanita yang mempercayainya untuk memastikan vagina berbau wangi dan bersih.

Doktor Muhammad Izzat sekali lagi menjelaskan kepada para wanita, vagina mempunyai bau tersendiri dan unik terhadap individu serta ianya adalah normal. Ujarnya, produk yang mempromosikan vagina akan berbau harum seperti buah-buahan adalam SCAM perubatan terbesar.

Baca juga: Seluar Dalam Wanita VS ‘Panty Liner’, Mana Lebih Baik Untuk Penjagaan Vagina?

JANGAN KENA ‘SCAM’ DENGAN PRODUK ‘CLAIM’ MISS V BOLEH WANGI

Gambar hiasan: Celebrities.id

Pening.

More and more ladies datang dengan masalah vaginal discharge lepas guna pelbagai produk untuk miss V di pasaran.

“Miss V lebih wangi, bersih, berbau harum dan husband melekat tak mau carik yang lain dah…yada yada yada.”

Penggunaan produk-bukan-bukan untuk miss V boleh mengubah vaginal pH sekaligus menganggu gugat ekosistem vaginal flora dan menyebabkan discharge dan gatal.

Saya cakap banyak kali dah.

Vagina mempunyai bau tersendiri, dan unik terhadap individu. Polan A ada bau mcm ni, polan B ada bau macam tu. Itu adalah normal. Vagina should not ada bau cherry, bau nangka, bau cempedak, atau bau stoberi.

Produk yang claim akan me’wangi’ kan vagina anda atau menjadikan vagina berbau harum seperti buah-buahan adalah SCAM perubatan terbesar.

Jangan bazir duit.

“SIAP ADA SURUH KOREK-KOREK LA BAGI BERSIH DALAM TU…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian daripada Doktor Izzat.

Mereka berpandangan masih ramai lagi di luar sana yang percayakan dengan ‘ayat-ayat manis’ produk jualan pencuci ‘Miss V’ di pasaran tanpa mengetahui risiko yang bakal ditanggung.

VAGINA BERBAU MERUPAKAN PERKARA NORMAL TETAPI…

Gambar: Hello Doktor

Melalui sumber Hello Doktor di portalnya, vagina berbau merupakan perkara yang normal. Namun, vagina juga perlu dibasuh dengan betul.

Vagina mempunyai dua bahagian yang dikenali sebagai vulva dan vagina, di mana ada bahagian yang boleh dibasuh dan yang perlu dielakkan.

DI MANA KAWASAN VULVA & VAGINA PADA KEMALUAN WANITA?

Sekadar gambar hiasan: Jiwa Sihat

Vulva ialah kawasan kemaluan wanita yang terletak di luar tetapi berdekatan bukaan vagina. Klitoris dan labia adalah sebahagian daripada kawasan luar vagina anda. Kawasan inilah yang patut anda basuh.

Walau bagaimanapun, kawasan vagina iaitu kawasan dalam kemaluan anda sepatutnya tidak boleh disentuh. 

Menurut Dr Suzy Elneil, konsultan di University College Hospital London, vagina yang sihat selalunya bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri.

Jika wanita mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan makan makanan yang berkhasiat, selalunya individu tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan vaginanya.

VAGINA BOLEH BERSIHKAN DIRINYA SENDIRI!

Gambar hiasan: Klik Dokter

Petikan Hello Doktor sekali lagi menekankan, jika anda ingin bersihkan alat sulit, hanya bersihkan alat sulit di bahagian vulva sahaja dan jangan usik bahagian vagina.

Ya, vagina anda sebenarnya boleh bersihkan dirinya sendiri! Vagina mempunyai rembesan tersendiri yang membantu mengekalkan pH pada kadar yang sesuai.

Vagina merupakan kediaman bagi pelbagai jenis bakteria baik. Walau bagaimanapun, jika keseimbangan pH di dalam vagina terganggu, jangkitan bakteria atau thrush yang akan akibatkan kegatalan dan bau yang tidak enak boleh berlaku.

Tahap pH yang rendah di kawasan vagina merupakan sebuah benteng semula jadi yang boleh mengelakkan jangkitan daripada bakteria asing. 

Oleh itu, jika anda ingin bersihkan alat sulit anda, jangan usik bahagian vagina anda. Tetapi, bahagian luar vagina anda iaitu vulva masih perlu dijaga dan dibersihkan. 

BILAS DENGAN AIR SUAM & ELAKKAN GUNA SABUN WANGI

Gambar: Hello Doktor

Jika anda ingin cuci kemaluan anda, elakkan daripada menggunakan sabun wangi ataupun antibacterial kerana sabun jenis ini boleh menganggu kestabilan pH vagina anda.

Tambah lagi, pewangi merupakan sejenis bahan yang boleh mengakibatkan iritasi pada Miss V anda. Oleh itu, cuba elakkan daripada guna sabun mandi untuk membasuh bahagian intim.

Sebenarnya, anda juga tidak perlu berbelanja lebih untuk feminine wash ataupun sabun untuk bahagian intim. Cukup sekadar menggunakan air suam dan sabun kosong tanpa pewangi setiap hari.

Selain itu, amalkan juga kaedah membasuh dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.

Elakkan juga amalan meruang kerana amalan tersebut punyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Meruang hanya akan membuatkan kondisi vagina anda lebih teruk dan mungkin meningkatkan risiko anda untuk terkena jangkitan. 

8 TIPS MENJAGA ‘MISS V’ SUPAYA KEKAL SIHAT DAN TIDAK BERBAU:

Gambar: Hello Doktor

Cara menjaga Miss V bukan terhad kepada mencucinya sahaja. Namun, ada banyak lagi perkara yang perlu anda titik beratkan.

Sebagai contoh, cara pemakaian dan juga material yang anda pakai juga boleh memberikan impak terhadap kesihatan vagina anda.

Di sini kami berikan anda 8 tip untuk cara menjaga Miss V supaya kekal sihat dan tidak berbau:

  • Guna air suam untuk cuci kemaluan anda. Kemudian, keringkan dengan tuala.
  • Elakkan daripada menyentuh kawasan vagina. Vagina anda boleh bersihkan dirinya sendiri.
  • Jika anda datang bulan, luangkan masa lebih untuk basuh vulva anda.
  • Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas jika anda mudah mengalami gatal-gatal pada kawasan intim.
  • Tukar pakaian dalam secepat mungkin jika anda rasa ia basah atau berpeluh.
  • Elakkan daripada memakai seluar dalam jenis thong kerana ia boleh buatkan kemaluan anda gatal.
  • Jangan sesekali meruang, sembur deodoran, gunakan tisu basah, minyak pati ataupun apa-apa produk yang mempunyai pewangi ke atas vagina anda.
  • Elakkan pakai pakaian yang ketat. 

Sumber: Muhammad Izzat / Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×