Sihat

Seluar Dalam Wanita VS ‘Panty Liner’, Mana Lebih Baik Untuk Penjagaan Vagina?

42
SHARES

Ada sesetengah wanita yang menitikberatkan tentang kebersihan vagina dengan sentiasa memakai pelapik seluar dalam (panty liner) bagi mengelakkan seluar dalam daripada kotor terkena najis. Selain itu, penggunaan panty liner lebih memudahkan urusan untuk buang dan ganti dengan yang baru.

Namun, menurut Doktor Muhammad Izzat wanita digalakkan membawa seluar dalam lebih untuk menjaga kebersihan vagina berbanding kerap menggunakan panty liner. Jom, baca penerangan beliau di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Doktor Jelaskan Sebab Orang Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian

SELUAR DALAM WANITA VS PANTY LINER

Gambar hiasan: FloHealth

“Saya nampak you ada garis-garis halus pada vulva (faraj). Awak ada pakai panty liners?”

“Of course la doktor, saya pakai hari-hari, pada setiap masa. Vaginal discharge saya kekadang banyak, kekadang sikit. Pakai panty liner je senang. Lagipun saya tak berapa gemar ada tompokan discharge ni terkena pada panties.”

“Ok, most likely panty liners yang awak pakai tu menyebabkan kerengsaan (irritation) pada kulit vulva. Panty liner boleh sebabkan geseran pada kulit vulva yang halus – menyebabkan awak melecet, dan gatal. Nampaknya macam contact dermatitis.”

“Satu lagi, panty liners akan menyebabkan keadaan berkuwap dan panas down there. You akan berpeluh, sekaligus memburukkan keadaan. You akan continue scratching, tak berkesudahan.”

Dia pandang saya, sambil mata terbeliak.

“Kenapa takda doktor bagitahu saya sebelum ni, dah banyak doktor saya jumpa, takda sorang pun siasat pasal panty liner saya.”

“Dah nama pun Doktor Gynae (sakit puan) kan, mestilah saya kena tanya semua benda, hatta hal dalam kain pun.”

“Habis tu doktor macam mana nak buat dengan vaginal discharge ni, takut kena pada underwear.”

Gambar hiasan: Vox

“Kalau awak takut kena pada seluar dalam; bawa extra panties dalam your bag. Stop using panty liner, sebaliknya tukar panties.”

Dua minggu kemudian beliau datang semula untuk follow up,

“Ya Allah, betul sangat doktor cakap haritu. Hilang teruih gatal, tak selesa ni.”

I told u kannnnnn?

“DULU SAYA SUKA PAKAI PANTYLINER, LEPAS STOP TERUS KEPUTIHAN HILANG…”

Meninjau di ruangan komen, terdapat ramai wanita dalam kalangan netizen turut meluahkan pelbagai masalah dihadapi seperti keputihan dan kegatalan akibat memakai panty liner.

Malah, dalam kalangan pengikut Doktor Izzat, turut menyarankan wanita di luar sana untuk menggunakan seluar dalam fabrik ‘cotton’ jenis pakai buang yang mudah untuk didapati.

Sumber: Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×