Dapur

Doktor Jelaskan Sebab Orang Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian

81
SHARES

Memandangkan sekarang ini sudah tiba musim buah durian, sudah pasti dalam kalangan penggemar ‘raja buah’ ini sudah tidak sabar untuk menikmatinya. Namun tahukah anda terdapat petua orang lama, yang kebiasaannya akan minum air daripada pangsa durian selepas menikmati buah itu bagi mengelakkan perut rasa kurang selesa.

Pangsa durian merupakan bahagian daripada kulit durian di bahagian dalam yang berwarna putih. Jadi, adakah petua ini saling berhubung kait dengan realiti saintifik? Jom, baca penjelasan daripada Doktor Suri Roowi di bawah.

Baca juga: Wanita Hamil Tak Selamat Ambil Rempah Saffron, Bahan Masak Termahal Dunia

DOKTOR JELASKAN SEBAB ORANG MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN

KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?

Antara Petua dan Realiti Saintifik

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya.

Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.

Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian. Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist.

PATUT LA ATOK-ATOK DULU SURUH MINUM….

Manakala, di ruangan komen ramai dalam kalangan netizen yang tidak menyangka ada hikmahnya di sebalik setiap perbuatan yang diamalkan oleh orang lama.

Sumber: Facebook Dr. Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×