40 Minggu

Wanita Hamil Tak Selamat Ambil Rempah Saffron, Bahan Masak Termahal Dunia

59
SHARES

Rempah saffron biasanya digunakan dalam bahan masakan yang biasa kita lihat iaitu Nasi Briyani. Menurut ChM Doktor Fatimah Salim, pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak adalah tidak selamat, di mana 5 g boleh menyebabkan keracunan manakala, 12-20 g boleh menyebabkan kematian.

Namun ahli kimia ini berkata, kesan racun saffron dalam penggunaan makanan mustahil untuk dicapai kerana kebiasaannya, jumlah yang dicampur dalam masakan hanyalah sedikit sekitar ~0.033 g untuk 5 orang makan.

Baca juga: Kenapa Lelaki Mudah Buncit Selepas Kahwin? Rupanya Boleh Ganggu Kesuburan!

WANITA HAMIL TAK SELAMAT AMBIL REMPAH SAFFRON, BAHAN MASAK TERMAHAL DUNIA

Tahukah anda rempah saffron merupakan bahan masak yang termahal di dunia?

Ya. Ini kerana Saffron diperolehi daripada tangkai putik (stigma) bunga tumbuhan dari species Crocus sativus (famili Iridaceae).

Setiap bunga hanya mempunyai 3 stigma (rujuk gambar di atas). Bagi menghasilkan 450 g saffron, sekitar 75,000 bunga crocus diperlukan.

PENGGUNAAN SAFFRON DALAM MAKANAN & RAWATAN

Gambar hiasan.

1. MELUAS DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAH PEWARNA, RASA & BAU DALAM MAKANAN

Walaupun mahal, ia digunakan secara meluas sebagai bahan tambah pewarna, rasa dan bau dalam makanan. Saffron mengandungi lebih daripada 150 bahan kimia meruap dari kumpulan terpene berserta alkohol dan ester terbitannya.

Warna merah saffron disebabkan oleh hadirnya bahan kimia terbitan carotenoid, iaitu crocin. Rasa pahit saffron disumbangkan oleh bahan kimia picrocrocin dan bau manis jerami (seakan rumput kering) saffron adalah disebabkan oleh bahan kimia safranal.

2. DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PERAWAT JUGA

Selain dari dijadikan bahan tambah masakan, ia juga digunakan sebagai bahan perawat.

Kajian menunjukan Saffron boleh mengubah mood (merawat depresi dan PMS), membantu dalam merawat penyakit Alzheimer dan kanser, mengurangkan kekejangan otot dan pembengkakan luka juga bertindak sebagai antioksida.

KESAN DARIPADA PENGAMBILAN SAFFRON DALAM KUANTITI BANYAK…

Gambar hiasan: Iluminasi.com

Walaubagaimana pun, pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak adalah tidak selamat. 5 g boleh menyebabkan keracunan, 12-20 g boleh menyebabkan kematian.

Antara kesan sampingan pengambilan saffron adalah pening, loya dan muntah, ketidakselesaan perut dan alergi.

Disebabkan saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Mengambil saffron dalam kuantiti yang banyak oleh wanita mengandung juga mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Kesan racun saffron ini disumbangkan oleh bahan kimia safranal dan crocin.

HANYA SEDIKIT JUMLAH SAFFRON TERDAPAT DALAM BAHAN MAKANAN BIASA

Gambar hiasan: Jaja Razali.

Namun kesan racun ini mustahil dicapai hanya dalam penggunaan makanan biasa. Sama lah juga seperti pengambilan MSG.

Jumlah yang biasa dicampurkan dalam masakan hanyalah sedikit sekitar ~0.033 g untuk 5 orang makan. Tambahan pula, penggunaan saffron yang banyak memberikan rasa pahit dan mengganggu keseimbangan rasa makanan.

Begitulah pentingnya tahu perkaitan kuantiti dan kesan racun sesuatu bahan. Maka, bersederhana lah dalam apa juga. Ambil tahu tahap kesihatan, dan peka dengan tindak balas badan terhadap apa juga makanan.

Semoga bermanfaat.

ChM Dr Fatimah Salim,

Ahli Kimia.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×