Sihat

Kenapa Lelaki Mudah Buncit Selepas Kahwin? Rupanya Boleh Ganggu Kesuburan!

4
SHARES

Sudah biasa kita melihat, fizikal seorang lelaki berubah selepas mereka berkahwin. Dulu perutnya kempis, lepas berkahwin perut jadi boroi atau buncit. Ramai yang percaya kerana isteri pandai ‘menjaga’ perut suami.

Namun, berdasarkan perkongsian ilmu oleh Doktor Raihana Ismail di laman tiktoknya, terdapat penjelasan ilmiah mengapa fizikal lelaki berubah sedemikian rupa. Jom baca penjelasan doktor di bawah!

Baca juga: Kenali Toksik Maskuliniti, Lelaki Juga Harus Dilindungi Bukan Wanita Sahaja

KENAPA LELAKI MUDAH BUNCIT SELEPAS KAHWIN? RUPANYA BOLEH GANGGU KESUBURAN!

Doktor Raihana menjelaskan, lelaki mudah buncit selepas berkahwin disebabkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan akibat daripada pemakanan tinggi kandungan gula dan makanan dalam tin.

Selain itu, bahan kimia seperti paraben dan benzoil peroksida yang terkandung dalam minyak wangi dan deodoran turut mempengaruhi perubahan fizikal lelaki.

“Kenapa lepas kahwin lelaki mudah buncit? Sebenarnya bukan isu banyak pam ke,

“Sebenarnya disebabkan oleh hormon estrogen berlebihan. Dia makan manis-manis, makan makanan dalam tin sardin dalam tin susu pekat manis dalam tin. Deodoran, perfume yang mengandungi paraben, benzoyl peroxide banyak lagi chemical…” ujar Doktor Raihana.

ANTARA KESAN KANDUNGAN KIMIA BERIKUT KEPADA PERUBAHAN LELAKI

Terdapat pelbagai kesan terhadap lelaki seperti berikut:

  • Buncit
  • Gynecomastia (lelaki berpayudara)
  • Keguguran rambut
  • Cepat lesu & letih
  • Syahwat kurang
  • Susah tidur
  • Mudah lupa

Tambahnya lagi, lelaki sepatutnya menghasilkan testosteron tetapi disebabkan hormon estrogen yang berlebihan maka, sperma kurang dihasilkan dan mengganggu kesuburan lelaki.

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Doktor Raihana Ismail

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×