Famili

Kenali Toksik Maskuliniti, Lelaki Juga Harus Dilindungi Bukan Wanita Sahaja

34
SHARES

Kes keganasan rumah tangga, bekas pasangan selebriti terkenal Hollywood Johnny Depp & Amber Heard menjadi perhatian lensa dunia kebelakangan ini. Kebiasaannya, kesalahan perilaku ini biasanya dimainkan di media massa apabila mangsanya adalah wanita.

Namun, semasa kes ini dibicarakan ianya berjaya membuka mata umum berkenaan wujudnya mangsa lelaki dan bukan hanya terjadi kepada wanita sahaja. Malah, kes ini telah mendapat perhatian Public Health Malaysia, sehingga mengeluarkan info berkenaan ‘Toksik Maskuliniti’ di laman rasmi Facebooknya.

Baca juga: Rupanya Ini Apa Anda Boleh Buat Ketika Anxiety Attack Supaya Lebih Tenang

KENALI TOKSIK MASKULINITI, LELAKI JUGA HARUS DILINDUNGI BUKAN WANITA SAHAJA

Dalam perkongsian itu, toksik maskuliniti ini wujud apabila lelaki sepatutnya menjadi seperti lelaki “normal” yang merupakan sebuah tekanan yang datang daripada budaya masyarakat itu sendiri berkenaan lelaki.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, adalah gambaran sebuah pandangan terhadap lelaki “normal” yang sebenarnya adalah TOKSIK MASKULINITI seperti:

  • “Lelaki mana boleh lemah.”
  • “Mental kena kuat simpan saja dalam hati.”
  • “Lelaki boleh hidup tanpa orang lain.”

STIGMA INI DATANG DARI LELAKI & JUGA WANITA…

Hari ni hangat cerita Johnny Depp menang saman. Sedar atau tidak, pelakon Jack Sparrow telah membuka mata masyarakat dunia tentang lelaki juga boleh menjadi mangsa kepada wanita.

Sebelum ini lelaki yang dibuli dianggap lemah.

Lelaki perlu derita luar dan dalaman secara senyap. Lelaki tidak memerlukan belaian, kasih sayang. Lelaki hanya perlu tunjuk diri kuat dan garang. Lelaki yang harapkan bantuan lemah gila.

Stigma ini datang dari LELAKI dan juga wanita. Apabila seseorang lelaki mengadu beliau dibuli wanita, tiada seorang pun percaya.

INILAH NAMANYA TOKSIK MASKULINITI!

Gambar hiasan: Johnny Depp (kiri) & Amber Heard (kanan) – UtusanMalaysia

Inilah namanya toksik maskuliniti. Ia wujud apabila budaya masyarakat yang memberi tekanan agar lelaki sepatutnya menjadi seperti lelaki yang “normal”.

Malah, apabila statistik negara yang menunjukkan wujudnya kes dera suami digelakkan masyarakat.

PHM pernah menyiarkan tentang satu kajian suami stress, ditentang dengan hebat di dalam Twitter. “Mana boleh lelaki stress”, “kajian berat sebelah.”

Seolah-olah kesihatan mental lelaki tiada siapa yang peduli. Terima kasih Johnny Depp kerana telah berjaya membuka mata dunnia.

Beringatlah! lelaki juga manusia dan wanita juga manusia. Keganasan rumah tangga tidak berlaku terhadap satu jantina sahaja, ianya turut melibatkan kedua-duanya. Siapa yang lemah akan ditindas, yang berkuasa pula akan menindas.

Jika terdapat kes keganasan rumah tangga yang berlaku di sekeliling anda, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan dibiarkan ia berlarutan sehingga nyawa terbang melayang.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×