Famili

Rupanya Ini Apa Anda Boleh Buat Ketika Anxiety Attack Supaya Lebih Tenang

64
SHARES
cara mengatasi anxiety attack

Gangguan kegelisahan atau ‘anxiety disorder’ merupakan sekumpulan penyakit mental yang melibatkan reaksi kegelisahan dan keresahan yang melampau. Melalui petikan Hello Doktor, perasaan gelisah yang melampau mampu mengganggu aktiviti harian penghidap. Justeru itu, amatlah penting untuk anda mengetahui cara mengatasi anxiety attack apabila ia muncul supaya tidak berlaku sebarang kemudaratan kelak.

Menurut Puan Wawa Shauqi yang pernah menghidapinya, terdapat beberapa cara yang dilakukan oleh dirinya untuk mengawal anxiety ketika ia datang menyerang. Mungkin beberapa cara ini dapat membantu anda di luar sana juga. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: ‘Suami Tak Dapat Diselamatkan Lagi..’- Pentingnya Ilmu CPR Dapat Selamatkan Nyawa Insan Tersayang

APA NAK BUAT BILA KENA ANXIETY ATTACK?

cara mengatasi anxiety attack

Saya pernah diserang anxiety. Tapi masa tu tak tau pun itu anxiety.

Saya akui, saya sejenis yang overthinking gila dulu. Orang ketuk pintu rumah, dah terbayang orang tu ready pisau nak godok kita. Duduk rumah, dah setting dah kat mana nak menyorok kalau tiba-tiba gempa bumi. Atau bom hentam dinding rumah.

Suami pergi kerja, berdebar fikir macam-macam kemungkinan. Nak isi minyak kereta, berdebar namatey. Terbayang api menyambar kita.

Sampailah satu masa, waktu Donald Trump menang jadi presiden, saya rasa macam nak mati takutnya. Itulah detik saya merasa macam mana struggle nya nak dapatkan nafas. Sesak dia tak tau nak cerita.

Badan rasa bercerai dengan otak. Tak mampu nak kawal dah badan. Jantung rasa menghentam-hentam dada. Menggigil-gigil sepanjang hari. Saya hanya mampu menangis je waktu tu.

Berkali-kali saya cakap tanya husband, kenapa saya jadi macam ni. Kami laki bini waktu tu, memang zero knowledge pasal mental health. Tak pernah kenal istilah panic attack. Tak pernah tau anxiety tu apa.

Syukur FB menemukan saya dengan pelbagai ilmu tentang kesihatan mental. Waktu tu baru sedar, apa yang saya alami selama ni, ada ciri-ciri anxiety dan panic attack.

Waktu Covid baru masuk Malaysia, ramai yang dah melalui perkara yang sama. Syukur waktu tu, saya dah ada knowledge. Agak-agak nak jadi je, saya kawal apa yang termampu.

Taknak dah lalui. Seksa dia, tak boleh nak dijelaskan.

CARA MENGATASI ANXIETY ATTACK

Ini saya pesan pada kalian:

1. JAUHKAN DIRI DARIPADA SOSIAL MEDIA

cara mengatasi anxiety attack

Distance yourself from media social. Lambakan info dalam kepala, boleh jadi penyumbang utama pemikiran kita tak terkawal.

2. PILIH BAHAN BACAAN & TONTONAN POSITIF

Pilih bahan bacaan dan tontonan yang positif. Kalau korang jenis cepat trigger, elakkan la tengok atau baca cerita bunuh-bunuh, cerita hantu, kisah gosip, berita tragedi tu. Banyak lagi kisah inspiring dan uplifting yang sedap untuk korang layan.

3. AL-QURAN, MATHURAT & ZIKIR FATIMIYYAH JADIKAN AMALAN

Jangan tinggal Al-Quran. Amalkan mathurat pagi petang. Lazimi Zikir Fatimiyyah. Belajar merintih dan merayu susah kat Allah. Mohon Allah bantu dan bagi petunjuk.

4. HENTIKAN MENTAL NOISE YANG MELERET

Hentikan mental noise. Jangan biar dia meleret berfikir. Agak-agak dia nak start meleret, tarik nafas, istighfar, taawuz dan mula buat mindfullness.

Pejam mata dan hidung cuba recognize bau yang sampai ke hidung. Telinga recognize bunyi yang didengar. Tangan cuba cari texture yang boleh disentuh-rasa.

5. LATIH DIRI UNTUK BUAT LATIHAN PERNAFASAN

cara mengatasi anxiety attack

Practice deep breathing. Saya selalu sharing pasal ni. Sangat membantu stabilkan ritma jantung. Bila jantung stabil, hormon stress menurun. Otot pun relaks. Perlahan-lahan kita jadi kurang stres.

6. BERINTERAKSI DENGAN ALAM SEMULA JADI

Connect with nature. Dedahkan diri dengan cahaya matahari. Yang akan bantu keluarkan serotonin.  Buka kasut dan pijak tanah pijak rumput. Pijak sungai atau pasir laut. Neutralizekan caj dalam badan kita ni.

7. PUTUSKAN RUTIN BERULANG DI RUMAH DENGAN KELUAR RUMAH BUAT AKTIVITI MUDAH

Naik kereta, pergi pusing-pusing bandar sekejap. Putuskan sekejap rutin harian di rumah yang berulang setiap hari. Layan lagu yang uplifting. Sambil karok, sambil menikmati aiskrim. Rasakan betapa simple nya life sebenarnya.

8. NIKMATI WAKTU YANG SEDANG DILALUI SEKARANG, JANGAN TERLALU JAUH FIKIR MASA DEPAN

Jangan jauh sangat fikir pasal masa depan. Belajar untuk menikmati momen sekarang yang kita sedang lalui. Plan macam mana nak bagi moment hari ni better dari semalam.

9. RANCANG UNTUK GEMBIRAKAN HATI ORANG

Rancang untuk gembirakan seseorang. Masak english breakfast on bed untuk pasangan ke, belanja pakgad nasi arab ke, belanja jiran telur/beras/ roti ke, belanja anak jiran sepeket belon ke, hantar hadiah kat saya ke. Tiberr.

10. MULAKAN SEMULA HOBI YANG PERNAH DITINGGALKAN

Mulakan kembali hobi. Kalau dulu suka main gitar, mula semula. Suka melukis, keluarkan balik barang melukis. Suka baking, suka mengait, suka jogging ini masanya mula semula.

11. BERSANGKA BAIK DENGAN DIRI SENDIRI

cara mengatasi anxiety attack

Gambar: AdobeStock.

Be nice to yourself. Cakap yang baik-baik tentang diri. Jangan condemn dan buli diri dengan kata-kata kasar. Sesekali, ucap terima kasih, puji dan bagi kata-kata semangat kat diri sendiri.

12. BANGUN & BERSIAPLAH CANTIK-CANTIK

Bangkit dan bersiap-siap cantik. Cari baju favorite, mekap cantik-cantik because you deserve it. Jangan biar tenaga low. Agak-agak dah start macam nak bosan, buat lompat bintang & mulakan sesuatu.

13. INDIVIDU EXTROVERT BOLEH HUBUNGI KAWAN ATAU KELUARGA TERDEKAT UNTUK BERBUAL

Kalau kita jenis extrovert, call ahli keluarga atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kita selesa nak bercakap. Kalau tak tau, boleh dail Talian Nur 15999 untuk diajak bersembang.

14. BERJUMPALAH DENGAN PAKAR UNTUK DAPATKAN PERTOLONGAN

Seek for professional. Kalau rasa tak terkawal, tolong beri peluang diri untuk diubati. Sakit di mental sama macam sakit di jantung, sakit di perut, sakut di buah pinggang.

Mental tak sihat bukan disebabkan tak kuat iman. Mental pun layak untuk dapatkan rawatan sama macam organ kita yang lain. Ok!

INGATLAH! SAAT YANG PALING PENTING ADALAH SAAT YANG SEDANG BERLAKU…

cara mengatasi anxiety attack

Gambar: TheBanyyans

Ingat apa pun yang akan berlaku, momen yang paling penting adalah momen yang sedang berlaku. Jangan biarkan ia berlalu dengan kita rasa helpless.

If you really in need, it’s ok to ask for help. It’s ok to admit that you are not ok. It’s ok to cry. Mana tau dari keterbukaan kita rupanya ramai berebut-rebut nak tolong tarik kita keluar.

Ingat bahawa, nak handle pemikiran ni macam nak marinate daging. Daging kalau diperap, ia akan jadi sedap. Kadang-kadang, kekacauan fikiran tu untuk bantu kita jadi matang.

Tapi, seperti marinate daging juga, kalau dibiar terlalu lama, lama-lama daging tu busuk. Lama-lama duduk dalam pemikiran yang negatif, akan bagi effect yang bahaya kat diri kita.

Get out from it and do things. Berjihad demi hidup sihat!

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×