Sihat

Rupanya Amalkan 8 Tabiat Ini Untuk Otak Kekal Sihat, Jangan Kerap Dalam Kegelapan!

2
SHARES

Terdapat banyak faktor yang boleh merosakkan otak anda. Antaranya adalah terlalu banyak duduk dalam kegelapan, tabiat tidur yang tidak baik, tidak keluar bersosial, menggunakan fon telinga terlalu kuat dan sebagainya.

Melalui perkongsian dari Doktor Erna Nadia, terdapat lapan tabiat yang boleh diamalkan untuk menjadikan otak lebih sihat. Hendak badan yang cergas, kena pastikan otak juga sihat dan aktif terlebih dahulu kerana otak diperlukan untuk semua perkara. Jom sama-sama amalkannya.

Baca juga: Nampak Macam Penyakit Mental Tapi Rupanya Bukan, Orang Ramai Kena Tahu!

OTAK SIHAT, BADAN CERGAS, KERJA PUN JALAN!

Jom jadikan otak kita sihat.

AMALKAN 8 TABIAT INI UNTUK OTAK YANG SIHAT

1. TIDUR DENGAN LEBIH BERKUALITI

Gambar hiasan: Google.com

Maksudnya tidur dengan pola masa yang sama. Pada yang kerja shift, memang susah nak dapatkan waktu tidur yang sama setiap hari.

Apa yang mungkin anda boleh lakukan adalah set dalam kepala setiap kali sebelum shift habis, elakkan minum kaffein dan makan berat sebab balik tu boleh terus tidur.

Tidur yang berkualiti akan buatkan otak di tahap maksima.

2. BERGERAK AKTIF SETIAP HARI

Gambar hiasan: Google.com

Jika anda berkerja dalam bangunan dan tempat aircond, cubalah untuk keluar atau cari masa juga dapatkan pendedahkan cahaya matahari sebelah pagi atau petang. Move your gluteus!

Badan berpeluh dan aktif akan buatkan otak lebih hebat berkerja.

3. LIMITKAN MASA MENGHADAP GADJET SETIAP HARI

Gambar hiasan: Google.com

Kita boleh kawal berapa masa kita nak habiskan dengan gajet. Bak satu lirik lagu kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe. Swipe saja berita yang tak membawa manfaat pada kita. Masa tidak menunggu kita.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Gambar hiasan: Google.com

Gula ini datang dalam pelbagai bentuk. Makanan dan minuman tinggi gula hanya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari. Sedap memang sedap tapi ianya tak baik untuk tubuh badan kita.

5. SAYANGI TELINGA ANDA

Gambar hiasan: Google.com

Kita tak boleh ganti telinga kita kalau ianya dah rosak. Kita hanya boleh pakai alat bantuan pendengaran sahaja kalau dah rosak. Jika nak guna earphones, pastikan volumenya tidak melebihi 85 dB.

6. KELUAR BERJUMPA DENGAN KAWAN-KAWAN

Gambar hiasan: Google.com

Ramai yang cenderung untuk duduk berseorangan, lagi lagi apabila tengah down/stress. Tak berapa baik sebenarnya.

Cubalah untuk hidup dalam dunia sebenar. Kita akan dapat kawan baru, cipta suasana yang gembira, otak kita lebih berfikiran luas dan sedar tak sedar banyak ilmu kita boleh gapai.

7. DENGAR ATAU NAMPAK SAHAJA BENDA NEGATIF, TUKAR TOPIK/TAK PERLU RESPONSE

Gambar hiasan: Google.com

Benda negatif hanya akan buatkan kita menjadi negatif juga. Dengar cerita buruk lagi-lagi kalau pasal kita, abaikan saja.

We never know the real true story. Orang itu begitu orang ini begini, let them be. Tak perlu tambah dosa yang sedia ada.

Fokus kepada yang baik-baik, comel comel dan positif saja. Our mental health matters more than fancy stories.

8. PASTIKAN KEADAAN SEKELILING KITA CERAH APABILA MASIH BERJAGA

Gambar hiasan: Google.com

Kegelapan hanya akan buatkan diri kita diselubungi kesedihan, negatif dan kebuntuan. Kalau rasa mood mahu berehat sikit, kita boleh cahaya terang mana yang kita mahukan waktu itu.

Masa tidur, seeloknya tutup lampu. Tidur dalam keadaan cerah, tidak berapa baik untuk rehatkan otak dan badan kita. Begitu.

Saya tambah satu lagi:

Pilih makanan yang sihat berkhasiat. Be moderate. Kita nak badan kita sihat cergas, kita perlu make sure otak kita sihat aktif hebat dahulu sebab kita perlukan otak untuk semua perkara.

Dr. Erna Nadia.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×