Sihat

Nampak Macam Penyakit Mental Tapi Rupanya Bukan, Orang Ramai Kena Tahu!

178
SHARES

Menerusi definisi di portal MyHEALTH, penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa penyakit lain yang menyerupai dan mempunyai gejala penyakit mental tetapi sebenarnya bukan penyakit mental. Melalui perkongsian dari seorang Pakar Psikiatri, Doktor Rozanizam Zakaria, masalah thyroid merupakan antara penyakit yang selalu ‘mimic’ penyakit mental. Jom baca perincian di bawah.

Baca juga: Ini 5 Langkah Azam Tahun Baru Untuk Berhenti Merokok, Anda Boleh Lakukan!

NAMPAK MACAM PENYAKIT MENTAL TAPI BUKAN PENYAKIT MENTAL

Gambar hiasan: Google.com

Nampak Macam Penyakit Mental, tapi Bukan Penyakit Mental.

Seorang pesakit wanita, usia awal 30-an, keluarga bawa ke kecemasan kerana berkelakuan luar dari kebiasaan. Mudah marah, mengamuk, meracau, tuduh suami curang dan ada niat jahat nak bunuh dia. Tak tidur malam dan susut berat badan.

Selepas sebulan berubat sana sini, keluarga bawa ke hospital. Dirujuk ke Psikiatri kerana terlalu agressif.

Dalam wad, pemeriksaan dapati leher ada bengkak. Seperti diagak, ujian darah mendapati thyroid pada level yang tinggi.
Diagnosis – hyperthyroidism.

Betulkan kembali thyroid, selepas seminggu, gejala semakin hilang dan pesakit kembali seperti peribadi sebelum sakit.

THYROID MENGHASILKAN GEJALA SEAKAN MENYERUPAI PENYAKIT MENTAL

Gambar hiasan: Google.com

Antara penyakit yang selalu mimic atau menyerupai penyakit mental ialah masalah thyroid.

1. GEJALA LOW THYROID KEPADA PESAKIT:

Boleh menyebabkan gejala seakan-akan kemurungan seperti badan letih, hilang motivasi dan pergerakan perlahan.

2. GEJALA HIGH THYROID KEPADA PESAKIT:

Menyebabkan gejala seakan mania dalam bipolar seperti tak tidur, mudah marah, impulsif dan banyak tenaga. Ataupun gejala anxiety seperti berdebar, berpeluh dan gelisah.

Malah ada yang alami gejala psikosis seakan schizophrenia.

APAKAH RAWATANNYA? OLEH DOKTOR PERUBATAN ATAU PAKAR PSIKIATRI?

Gambar hiasan: Google.com

Jadi rawatannya adalah betulkan kembali gangguan thyroid tu. Yang rawat adalah doktor bahagian perubatan/endokrinologi. Bukan psychiatrist atau psychologist.

Sebab itu bila ada gejala penyakit mental, kena dapatkan penilaian doktor. Jangan self-diagnose. Jangan google, tengok Twitter, YouTube, TikTok, tanya kawan dan terus declare “aku rasa aku ada X,Y,Z..”.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×