Sihat

Ini 5 Langkah Azam Tahun Baru Untuk Berhenti Merokok, Anda Boleh Lakukan!

46
SHARES

Hari ini merupakan hari ketiga setelah bermulanya tahun baru 2023. Penulis percaya ramai dalam kalangan anda telah menetapkan pelbagai jenis azam yang positif untuk dilakukan, di samping dapat memberi manfaat pada diri. Ini termasuklah azam untuk berhenti merokok.

Tindakan untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan sekiranya tidak mempunyai kesungguhan yang kuat. Justeru itu, mari cuba lakukan lima langkah berhenti merokok di bawah ini seperti dikongsikan oleh Doktor Samhan di laman sosialnya.

Baca juga: Naik Ketumbit Sebab ‘Skodeng’? Itu Mitos! Doktor Jelaskan Punca & Rawatannya

5 LANGKAH ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK BERHENTI MEROKOK!

Gambar hiasan: Google.

AZAM TAHUN BARU NAK BERHENTI MEROKOK? Jom saya kongsikan lima langkah untuk berhenti merokok!

1. TETAPKAN TARIKH BERHENTI!

Mulakan dengan menetapkan tarikh berhenti, sebaiknya dalam dua minggu akan datang. Ini akan memberi anda masa yang cukup bersedia tanpa kehilangan motivasi untuk berhenti merokok.

2. BERITAHU SATU DUNIA BAHAWA ANDA AKAN BERHENTI!

Memberitahu keinginan anda untuk berhenti merokok kepada seluruh dunia boleh membantu mengukuhkan keazaman anda.

3. BERSIAP SEDIA DENGAN CABARANYYA!

Disebabkan nikotin daripada rokok menyebabkan ketagihan, maka meninggalkannya boleh menyebabkan tanda-tanda gian. Oleh itu, bersiap sedialah untuk menghadapi cabaran ini.

Penting untuk anda menyibukkan diri dalam sebarang perkara yang boleh mengalihkan perhatian anda, terutamanya dalam dua minggu pertama.

4. ALIHKAN PENCETUS RASA INGIN MEROKOK!

Gambar hiasan: Google.

Buang semua rokok dan produk tembakau dari rumah anda, kereta dan tempat kerja. Jangan lupa juga untuk menyingkirkan pemetik api, bekas putung rokok dan mancis.

Jangan duduk bersama perokok dan berada di tempat merokok terlalu lama.

5. CAKAP DENGAN DOKTOR ATAU AHLI FARMASI

Doktor boleh memberikan ubat untuk membantu mengurangkan tanda-tanda gian. Contohnya, terapi penggantian nikotin yang dapat meningkatkan kadar berhenti merokok sebanyak 50 hingga 70 peratus.

Memandangkan anda kini tidak lagi membazirkan wang untuk sekotak rokok, manfaatkannya untuk keinginan atau hobi yang lain. Ingat, anda lebih kuat daripada dorongan merokok anda!

Sumber: Twitter DoktorSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×