Sihat

Naik Ketumbit Sebab ‘Skodeng’? Itu Mitos! Doktor Jelaskan Punca & Rawatannya

29
SHARES

Sudah biasa didengari, mata bengkak disebabkan oleh mengintai orang. Namun, itu hanyalah ayat orang-orang lama kerana tandas zaman dulu yang berada di luar rumah sebagai perlindungan dan mengelakkan dari melakukan perbuatan ‘skodeng’. Disebabkan itu, anda juga perlu tahu cara menghilangkan ketumbit untuk merawatnya sendiri, sekiranya mata dijangkiti.

Melalui perkongsian dari Doktor Samhan, salah satu punca terjadinya ketumbit oleh kerana bulu mata yang tidak dibersihkan dengan betul setelah menggunakan kosmetik. Justeru itu, mari lihat penjelasan lanjut dari beliau.

Baca juga: Rupanya Ini Manfaat Tangisan Beremosi Dari Segi Kesihatan, Menangislah…

TERDAPAT DUA JENIS KETUMBIT

cara menghilangkan ketumbit

Gambar hiasan: Google.

“Bengkak nampak mata encik. Dah berapa hari?”

“Baru semalam. Malu la, nanti mesti orang cakap mata bengkak sebab mengintai.”

“Ini semua mitos.Tak ada kaitan pun. Dulu tandas di luar rumah. Orang tua-tua nak elakkan tabiat mengintai. Jadi, mereka cakap, siapa mengintai, mata akan jadi bengkak.”

APA ITU KETUMBIT?

Ketumbit adalah benjolan yang berlaku pada kelopak mata sama ada pada bahagian atas atau bahagian bawah kelopak mata.

Ada dua jenis ketumbit:

1. HORDEOLUM/STYE

Ia adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Ia sakit dan bengkak kemerahan.

Hordeolum selalunya dijumpai pada pesakit seperti:

  • Kencing manis.
  • Blepharitis yang kronik: Jangkitan pada kelopak mata yang lama.
  • Seborrhea.

2. CHALAZION

Chalazion disebabkan kalenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat. Ia tidak sakit cuma bengkak.

Chalazion selalunya terjadi:

  • Kebersihan bulu mata yang tak terjaga (sebagai contoh tidak membersihkan bulu mata setelah penggunaan kosmetik).
  • Penyakit seborrheic dermatitis.
  • Blepharitis yang kronik.
  • Trauma kepada kelopak mata.

CARA MENGHILANGKAN KETUMBIT

cara menghilangkan ketumbit

Gambar hiasan: Google.

Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk titisan mungkin diperlukan atas nasihat doktor.

Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil. Sedikit belahan pada kelopak mata mungkin dilakukan untuk mengeluarkan bahan yang terkandung dalam kalenjar.

CARA-CARA MELAKUKAN TUAMAN:

  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil.
  2. Rendam dalam air suam dan perah.
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup.
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang 2-3 kali sehari sehingga ketumbit pulih.

CARA-CARA MEMBERSIH KELOPAK MATA

  1. Ambil cawan / bekas kecil.
  2. Letakkan air bersih dicampur dengan sabun bayi.
  3. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi.
  4. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut. (Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)
  5. Lakukan 2-3 kali sehari.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×