Labu mengandungi pelbagai khasiat dan merupakan antara makanan sesuai dijadikan sebagai finger food untuk bayi yang belum mempunyai gigi. Selain itu, labu juga bagus untuk mata dan penglihatan anak kerana satu cawan labu mengandungi hampir 80% keperluan vitamin A seperti penerangan Puan Mazliana Mazlan di laman Facebook.
Baca juga: Belimbing Buluh Tak Sesuai Untuk Sakit Buah Pinggang? Betul Ke?
BAGI ANAK MAKAN LABU, RUPANYA MEMANG BAGUS UNTUK MATA & PENGLIHATAN
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak. Sesuai sangat kalau jadikan sebagai makanan pertama anak. Bila anak baru nak mula makan, kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu.
Buat puree labu. Kukus labu bagi anak pegang dan makan. Masak labu sekali dengan beras. Masak lemak labu. Cucur labu pun sedap. Bubur labu pun menarik.
1 cawan labu, dah cukup hampir 80peratus keperluan vitamin A untuk anak sebenarnya. Vitamin A ini lah yang bantu cantikkan fungsi mata anak, tajamkan penglihatan anak.
Antara khasiat lain yang ada pada labu:
- Viramin K
- Copper
- Vitamin E
- Iron
- Magnesium
- Riboflavin
- Vitamin B6
- Vitamin C
- Pottasium
Bagus sangat kalau kita dapat jadikan labu sebagai makanan yang anak kena makan di rumah setiap minggu. Macam-macam menu kita boleh buat. Dari lauk-pauk, manisan, kek, bubur, cucur pun boleh.
Fiber pun tinggi tinggi dalam labu. Baik untuk sistem penghadaman anak. Senang anak nak membuang kan. Banyakkan real food di rumah dengan pelbagai menu supaya anak tak jemu makan yang sama setiap hari.
Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan