Sihat

Rupanya Ini Manfaat Tangisan Beremosi Dari Segi Kesihatan, Menangislah…

17
SHARES

Selain berasa sedih, tangisan juga boleh datang dari pelbagai situasi yang beremosi seperti gembira, marah dan takut. Melalui perkongsian ilmu kesihatan dari Public Health Malaysia, tangisan beremosi memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan manusia.

Menangis bukan saja memberi reaksi yang baik kepada mata, malah ia termasuk ruang pernafasan, degupan jantung, kesakitan fizikal dan emosi serta lain-lain.

Baca juga: Ini Jenis Buah & Sayur Yang Ada Rupa Seakan Anatomi Manusia, Menakjubkan!

TANGISAN BEREMOSI

Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan. Adakah menangis mempunyai manfaat dari segi kesihatan?

MANFAAT DARI MENANGIS

1. MELINDUNGI MATA DARI JANGKITAN MATA

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”.

2. MELANCARKAN PERNAFASAN & DEGUPAN JANTUNG

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal.

Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

3. BANTU DIRI BERTENANG SEWAKTU BERDUKA

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

4. MEMBANTU UNTUK TIDUR

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.

5. MELEGAKAN KESAKITAN, KEMARAHAN & KESEDIHAN

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

6. MENGURANGKAN TOKSIN DALAM TUBUH

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Selepas menangis,

Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.

MENANGIS JUGA TANDA KEMURUNGAN, DAPATKAN RAWATAN SEKIRANYA…

Walaubagaimanapun,

Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

  • Menangis tanpa sebab yang jelas.
  • Menangis terlalu kerap.
  • Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas.
  • Menangis yang tidak terkawal.

KESIMPULAN

Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×