Sihat

Ini Jenis Buah & Sayur Yang Ada Rupa Seakan Anatomi Manusia, Menakjubkan!

23
SHARES

Siapa sangka terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai rupa seakan-akan sama dengan sistem anatomi manusia. Ini membuktikan, setiap ciptaan dari Maha Pencipta mengandungi perkara yang tersurat dan tersirat yang boleh dipelajari apabila dikaji selain memberikan manfaat.

Jom lihat senarai buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai rupa seakan-akan sama dengan sistem anatomi manusia seperti dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli.

Baca juga: Ini 6 Tindakan Perlu Diambil Untuk Hormat & Melindungi Kesejahteraan Mental Mangsa Tragedi

BUAH & SAYUR RUPANYA SEAKAN SISTEM ANATOMI MANUSIA

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Dari alam ciptaan terindah Maha Pencipta banyak perkara yang boleh kita belajar. Contohnya dari buah-buahan dan sayur-sayuran kita boleh belajar sistem anatomi kerana rupa-rupanya seakan sama.

Gambar: Little Waldorf School.

BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN SEAKAN SAMA DENGAN SISTEM ANATOMI

1. RASBERI

Rupa buah rasberry seakan-akan anatomi usus kita.

2. BAWANG PUTIH

Bawang putih bila dibelah dua pula seakan-akan rupa keratan rentas otot rangka.

3. BUNGA KUBIS

Bunga kubis pula bila dibelah seakan-akan rupa anatomi otak.

4. LOBAK MERAH

Lobak merah yang anak kita makan hari-hari pula rupa seakan-akan mata. Disebabkan itulah ramai doktor suggest makan lobak merah ni untuk kebaikan mata.

Sebab dalam lobak ini pun ada kandungan lutein dan zeaxantin iaitu karatenoid dalam lobak yang dapat membantu melindungi mata daripada cahaya biru dan tambah baik kerabunan.

5. BUAH OREN

Potongan atas buah oren seakan-akan rupa anatomi anak tekak.

6. BUAH PISANG

Macam gambar anatomi saraf tulang belakang.

7. BAWANG BESAR HOLLAND

Bawang besar holland pula seperti rongga pelvis kalau saya tak silap.

8. LABU

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×