Famili

Ini 6 Tindakan Perlu Diambil Untuk Hormat & Melindungi Kesejahteraan Mental Mangsa Tragedi

2
SHARES

Kebelakangan ini, media massa sering memaparkan tragedi malang tidak berbau yang berlaku terutamanya dalam situasi bencana alam. Keadaan ini sudah pastinya memberi kesan yang mendalam kepada mangsa dan keluarga yang terlibat terutamanya dari segi kesejahteraan mental mereka.

Sekiranya anda berhampiran mangsa di lokasi kejadian atau mengenali mangsa tragedi lakukan 6 perkara ini bagi memastikan emosi mereka dijaga dan privasi mereka dihormati seperti dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Selain bantuan rawatan perubatan, perkhidmatan Psycological First Aid (PFA) juga sangat penting dalam tempoh kritikal.

Baca juga: Lakukan 6 Jenis Rehat Ini Untuk Elak ‘Burnout’- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

BERSAMA MENJAGA KESEJAHTERAAN MANGSA TRAGEDI

Gambar hiasan: Google.com

Jika berlaku sebarang bencana, beri ruang kepada mangsa dan keluarga untuk bertenang dan pasti perkara utama seperti perlindungan, makanan dan rawatan telah diberikan.

Elakkan dari menambah “luka” mangsa dengan meminta mangsa menceritakan bagaimana insiden itu berlaku dan mengambil video/ gambar mangsa dalam keadaan yang tidak terurus.

Selain bantuan rawatan perubatan, perkhidmatan Psycological First Aid (PFA) sangat penting pada tempoh kritikal ini.

6 TINDAKAN UNTUK MELINDUNGI KESEJAHTERAAN MENTAL MANGSA TRAGEDI

1. Sediakan perlindungan, makanan dan rawatan perubatan.

2. Utamakan keselesaan dan keselamatan mangsa.

3. Elakkan meminta mangsa menceritakan pengalaman.

4. Beri ruang untuk mangsa dan keluarga.

5. Hubungkan mangsa dengan agensi yang berkaitan.

6. Tidak perlu mengambil video atau gambar mangsa.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×