Didik

Lakukan 6 Jenis Rehat Ini Untuk Elak ‘Burnout’- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

17
SHARES

‘Burnout’ adalah keadaan psikologi di mana, seseorang merasakan stress yang berlebihan akibat pekerjaan. Sindrom ini boleh mengakibatkan rutin harian seseorang itu terganggu selain, melibatkan emosi yang sensetif.

Melalui perkongsian ilmu dari Dato’ Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah, terdapat enam jenis rehat yang boleh dilakukan bagi mengelak terjadinya ‘burnout’ selain dapat mengimbangi kehidupan. Maka, berilah rehat kepada tubuh badan anda.

Baca juga: 6 Cara Rendahkan Risiko Kanser Dengan Pemakanan Yang Betul – Dr. Zubaidi Ahmad

SEDANGKAN MESIN PUN DIREHATKAN, INIKAN TUBUH MANUSIA

Gambar hiasan: iStock.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Jangan biarkan burnout melemahkan tubuh badan kita. Badan kita bukan mesin. Sedangkan mesin pun perlu direhatkan, inikan pula kita manusia.

Maka, ambil waktu untuk berehat dan jangan terlalu menekan diri sendiri atau sesuatu yang diluar kesanggupan kamu.
Tok Abah doakan hidup kamu selalu ceria dan kekal bersemangat biarpun dalam apa juga urusan ya.

Berehatlah bila perlu.

6 JENIS REHAT UNTUK ELAK BURNOUT

Untuk elakkan burnout, sebagai manusia, kita perlu lakukan 6 jenis rehat ini baru betul-betul kita dalam posisi yang seimbang:

1. REHAT DARI SEGI FIZIKAL

Gambar hiasan: Google.

Kebiasaannya, kita cepat jadi burnout bila kurang tidur. Ada 2 jenis rehat dari segi fizikal iaitu pasif dan aktif.

PASIF:

Tidur 7 jam sehari. Amalkan tidur sebentar (10-15 minit di waktu tengahari).

AKTIF:

Sentiasa buat regangan otot. Pergi berurut.

Gunakan kerusi ergonomic dan meja yang sesuai dengan ketinggian tubuh badan kita.

2. REHAT DARI SEGI MENTAL

Gambar hiasan: Meg MacDonald – The Spruce.

  • Senaraikan perkara yang kita ingin buat (to-do lists).
  • Sentiasa berpegang pada checklist apa yang ingin diselesaikan pada hari tersebut.
  • Solat awal waktu.

3. REHAT DARI SEGI SOSIAL

Gambar hiasan: Google.

Nilaikan setiap hubungan yang kamu ada dengan orang penting dalam hidup kamu.

  • Luangkan masa dengan orang yang lebih banyak beri kamu tenaga, buat kamu ceria dan bersemangat.
  • Hadkan masa kamu dengan orang yang selalu buat kamu hilang tenaga, semangat dan tak ceria.

4. REHAT DARI SEGI PENGGUNAAN HANDPHONE

Gambar hiasan: Google.

  • Letakkan handphone dalam mode senyap atau pilot mode.
  • Letakkan handphone jauh dari tempat yang kamu mudah capai.
  • Berehatlah dari scrol media sosial.
  • Kurangkan video meeting.
  • Jika susah nak berpisah dengan handphone, jadikan handphone kamu sebagai kekuatan dengan membuka alunan bacaan Al-Quran, Zikir atau bunyian alam.

5. REHAT DARI SEGI EMOSI

Gambar hiasan: Google.

Luangkan masa dengan mereka yang kamu boleh jadi diri sendiri.

Biasanya kita jadi burnout sebab kita menahan dan memendam emosi. Kita tak boleh ekspresikan perasaan dengan baik.

Akhir kata, kita jadi ‘fake’ depan orang.

6. REHAT DARI SEGI MEMANTAPKAN KREATIVITI

Gambar hiasan: Google.

Nikmati dan hargai keindahan alam di sekeliling. Pergilah memanjat bukit, gunung, masuk ke hutan.

Biarkan diri kamu sibuk dengan menikmati alam sekeliling. Dari situ pasti kamu akan timbul idea-idea baharu yang tak terjangkau selama ini.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×