Keseronokan pergi melancong memang tak dapat dinafikan dan ianya lebih indah apabila dapat bersama keluarga. Kelebihan bercuti bersama keluarga peroleh banyak manfaatnya, sebagaimana dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah di laman Instagram beliau.
Selagi wujudnya keluarga, ciptalah saat bahagia bersama kerana itulah harta yang akan dikumpul dan diingati sewaktu hari tua. Jom lihat 5 kelebihan bercuti bersama keluarga.
Baca juga: Tanggungjawab Urus Anak Tiada Kompromi, Suami Kena Buat Sama, Jangan Berat Sebelah!
JOM PERGI BERCUTI BERSAMA KELUARGA!

Gambar: Instagram Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah
Seronoknya dapat buat anak-anak kita gembira hujung minggu! Bawalah mereka bercuti. Jauh atau dekat itu persoalan nombor 2. Tetapi paling penting adalah momen yang tercipta.
Anak-anak cucu Tok Abah,
Hujung minggu adalah momen bahagia dalam keluarga. Lupakan sejenak hal kerja dan masalah semasa. Nikmati dan hargai masa emas begini. Kerana sedar tak sedar, mereka nanti menginjak dewasa dengan sangat cepat.
Cipta momen bersama, kerana itulah harta yang akan kita kumpul sewaktu hari tua. Cipta keluarga bahagia.
KELEBIHAN BERCUTI BERSAMA KELUARGA, INI 5 MANFAATNYA
Ini adalah 5 kelebihan dapat bawa keluarga bercuti:
1. ANAK-ANAK BERASA TERUJA APABILA DILIBATKAN DALAM PROSES PERANCANGAN
Waktu proses cadangan dan persiapan, libatkan anak bersama-sama. Dengarkan apa yang mereka nak terokai dan pertimbangkan mengikut bajet keluarga.
Bagi sesetengah keluarga, proses merancang ini lebih seronok dan bermakna. Anak-anak akan jadi teruja dan tertanya-tanya.
2. KELUARGA RASA BAHAGIA & BERSYUKUR APABILA MELIHAT KEINDAHAN ALAM
Melihat pemandangan dan menghayati keindahan yang luar dari kebiasaan, akan mencetuskan lebih banyak kebahagiaan buat keluarga. Kita akan mensyukuri nikmat dan mengagumi betapa luasnya dunia yang Allah bentangkan buat kita.
Di situ anak-anak belajar erti bersyukur.
3. ANAK-ANAK PEROLEH PENGALAMAN & BELAJAR SEJARAH TEMPAT DILAWATI
Masa ini juga anak-anak belajar melalui pengalaman. Makanan, budaya, bahasa, pakaian dan sejarah akan buat mereka terbuka fikiran dan banyak menggarap pengetahuan berbeza.
Pengalaman ini merangsang pelbagai deria dan membolehkan anak-anak memperoleh pengetahuan dengan cara yang lebih bermakna.

Gambar hiasan: Pinterest.
4. KARAKTER ANAK-ANAK LEBIH DIKENALI & DIFAHAMI IBU BAPA
Waktu ini juga ibu bapa akan lebih mengenali dan memahami karakter pada anak. Anak juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan mak ayah secara langsung.
Hubungan keluarga bertambah erat dan kasih sayang terjalin mekar.
5. TUBUH BADAN DAPAT DICAS SEMULA & LEBIH BERTENAGA
Bersantai dan recharged! Inilah hadiah utama buat minda, jiwa dan minda kita yang berjalan. Tenaga kita berganda dan dapat relaks betul-betul.
Maka selepas balik bercuti, anak-anak jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Mak ayah pun dapat bekerja dan produktif sepanjang kerja. Seronok sangat tu!