Asuh

Tanggungjawab Urus Anak Tiada Kompromi, Suami Kena Buat Sama, Jangan Berat Sebelah!

20
SHARES
tanggungjawab menguruskan anak

Tanggungjawab menguruskan anak bukan terletak di tangan isteri seorang sahaja, suami turut berperanan sama. Tiada kompromi dalam perkara ini kerana setelah sama-sama mendapatkan zuriat, maka bersamalah menguruskan anak.

Perkongsian nasihat dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kepada ketua keluarga ini, ada menekankan untuk tidak mengamalkan sikap berat sebelah dalam tanggungjawab menguruskan anak. Tambahan pula, lelaki dikurniakan kekuatan yang berganda jika mahu dibandingkan dengan wanita.

Baca juga: Teknik Berbincang Suami Isteri, Ini Petua 3 Waktu Terbaik!- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

JANGAN BERAT SEBELAH, URUSKAN ANAK BERSAMA-SAMA

tanggungjawab menguruskan anak

Gambar hiasan.

Jangan berat sebelah.

  1. Masakan untuk anak, isteri buat.
  2. Mandikan anak, isteri buat.
  3. Pakai baju anak, isteri buat.
  4. Tukar pampers anak, isteri buat.
  5. Mengajar anak, isteri buat.
  6. Tidurkan anak, isteri juga buat.

Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri.

Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,

“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”

Isteri sudah penat-penat buat sendirian. Yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang, terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.

TANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN ANAK PERLU DIKONGSIKAN BERSAMA

tanggungjawab menguruskan anak

Gambar hiasan: Google.

Anak cucu dan para suami di luar sana,

Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu. Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri.

Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.

Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.

  1. Kena selalu tukar pampers anak.
  2. Kena selalu mandikan anak.
  3. Kena selalu didik anak mengaji.
  4. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.

Dan banyak lagi. Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.

Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.

LELAKI DIKURNIAKAN DENGAN KEKUATAN YANG BERGANDA

Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.

Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.

Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga. Jangan biar isteri uruskan seorang diri ya.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×