Suami Isteri

Suami Akui Bernafsu Pada Adik Ipar Walaupun Jaga Aurat, Akuan Jujur Itu Buat Hati Isteri Berkecai!

12
SHARES
adik ipar

Benarlah kata orang, hubungan mata dengan nafsu seks sangat erat sekali. Hal ini kerana, banyak kejahatan seksual berawal dari pandangan mata seperti bernafsu dengan adik ipar, isteri orang, adik-beradik sendiri dan sebagainya.

Waima, aurat wanita sudah terjaga namun bahayanya pancaindera mata ini sekiranya tidak disaluti dengan keteguhan iman yang kuat agar tidak menyentuh dosa zina.

Baca juga: Cara Mohon Perceraian Jika Suami Berzina, Bukti Gambar Mungkin ‘Tak Laku’ Di Mahkamah!

ADIK IPAR TUTUP AURAT, ABANG IPAR BERNAFSU PADANYA

adik ipar

Gambar hiasan: Google

Sebagaimana dengan luahan perasaan seorang wanita di aplikasi TikTok, baru-baru ini, yang berada dalam keadaan kebimbangan dan kebingungan melibatkan hubungan antara suami dan adik perempuannya.

Menurut pencerita, dia berasa buntu oleh kerana mereka bertiga menetap di bawah satu bumbung yang sama.

Suami jujur bernafsu gila dengan adik ipar

“Saya ada adik perempuan berusia 20 tahun yang duduk serumah dengan saya dan suami. Semalam tiada angin tiada ribut, suami kata nak jujur dengan saya.

“Suami kata berdosa kalau dia tidak jujur. Dia cakap dirinya bernafsu gila tengok adik perempuan saya,” ujar wanita itu.

Pengakuan suaminya itu, secara tidak langsung membuatkan hatinya sebagai seorang isteri menjadi hancur berkecai dan kecewa.

Baca juga: Banyakkan REDHA Dalam Perkahwinan, Tak Semua Perkara Berlaku Ikut Kehendak & ‘KPI’ Diinginkan!

Walaupun adik masih menutup aurat jaga pakaiannya

Malah, pencerita turut meluahkan kebuntuannya dan sebolehnya tidak mahu memaksa adiknya keluar dari kediaman.

“Adik saya jaga pakaian, tak pakai terdedah. Hati saya jangan kata hancur berkecai, kecewa pun ada. Sedih sangat.

“Saya tiada tempat meluah. Saya nak minta pendapat, apa perlu saya buat? Takkan saya nak halau adik sedangkan dia tidak tahu apa-apa pasal ini?” luahnya lagi.V

Selain itu, wanita tersebut berharap agar orang ramai tidak meninggalkan komen berbaur kecaman selain turut meminta pendapat.

Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’ & Menangi Hadiah Mingguan Melalui Cabaran Foto!

Nasihat daripada warga maya

Tinjauan di ruangan komen mendapati, ramai pelayar internet menyarankan agar adik pencerita berpindah keluar sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku di dalam rumah itu.

“Minta adik pindah sebelum apa-apa jadi. Pedih sekarang lagi elok daripada sakit kemudian.

“Mengelak masalah lebih baik daripada menyelesaikan masalah. Adik puan kena tinggal tempat lain,” antara komen nasihat yang ditinggalkan oleh pelayar internet.

Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti

Sumber: MStar

FT Image: DepositPhoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×