Nur

Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti

2
SHARES
hubungan kelamin

Benarkah dalam Islam bersetubuh atau hubungan kelamin antara suami dan isteri dilarang dilakukan pada awal, pertengahan dan akhir setiap bulan? Di mana, ia dikatakan bertarikh 1, 15 dan 30 hari bulan.

Mungkin ada dalam kalangan pembaca Sirap Limau, pernah mendengar tentang perkara ini. Namun, sejauh manakah kesahihannya di sisi agama Islam? Mari ikuti penjelasan lanjut dari Mufti.

Baca juga: Hukum Rambut Diikat Dalam Solat, Lelaki Berambut Panjang Boleh ‘Take Note’ Tau!

HUBUNGAN KELAMIN WAKTU DILARANG

hubungan kelamin

Gambar hiasan: Google

Melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebahagian ulama memakruhkan persetubuhan bersama pasangan pada 1, 15 dan 30 setiap bulan. Hal ini kerana, dikatakan bahawa syaitan akan turut menyertai persetubuhan pada malam tersebut.

Namun, pandangan ini adalah lemah kerana tidak disokong oleh sebarang dalil.

Para ulama juga menyebut bahawa doa yang dibaca sebelum melakukan hubungan kelamin yang dinyatakan dalam hadis akan menghalang syaitan daripada mengotori zuriat yang terhasil daripada persetubuhan tersebut.

Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!

Pandangan ulama mazhab Syafie

Ada sebahagian ulama mazhab Syafie yang berpandangan bahawa makruh hukumnya bersetubuh pada tiga malam pada setiap bulan, iaitu pada malam pertama, pertengahan dan pengakhirannya.

Menurut Imam al-Ghazali:

Persetubuhan hukumnya makruh pada tiga malam dalam setiap bulan, iaitu pada malam pertama, terakhir dan pertengahan. Dikatakan bahawa syaitan akan turut serta dalam persetubuhan yang dilakukan pada malam-malam tersebut.

“Hukum makruh ini turut diriwayatkan daripada Saidina Ali, Mu‘awiyah dan Abu Hurairah R.‘Anhum.”

Pandangan ini ada disebut dalam kitab-kitab muktamad mazhab Syafie, antaranya dalam Tuhfah al-Muhtaj oleh Syeikh Ibn Hajar al-Haitami. Namun, pandangan tersebut diisyaratkan sebagai pandangan yang lemah oleh beliau:

“Menurut pandangan yang lemah dalam mazhab, adalah lebih baik untuk mengelakkan bersetubuh pada setiap malam pertama, pertengahan dan pengakhiran setiap bulan, berdasarkan pandangan bahawa syaitan menyertai persetubuhan pada malam-malam tersebut.

“Namun pandangan ini ditolak kerana tiada sebarang dalil yang menyebut perkara tersebut, selain daripada kewajipan berdoa yang warid daripada Rasulullah SAW yang boleh menghalang syaitan daripada persetubuhan yang dilakukan.”

Baca juga: Individu Curiga Status Sah Solat Sebab Sering Baca Al-Fatihah 2 Kali Dalam 1 Rakaat, UAI Jelaskan!

Doa boleh dibaca sebelum bersetubuh

Doa yang dimaksudkan ialah doa yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abbas R.’Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya maka bacalah:

بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

“Dengan nama Allah, ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami. Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudaratkan oleh syaitan buat selamanya.” Riwayat al-Bukhari (6388)

Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×